Jumaat, 26 April 2019

PERTANDINGAN DAN PAMERAN GURU INOVATIF PERINGKAT DAERAH KERIAN 2019

Tarikh : 26 hingga 27 April 2019 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Seri Panglima, SMK Panglima Bukit Gantang.
Guru terlibat : Ustaz Azmi bin Othman, Ustaz Muhaimin bin Mustapai dan Ustaz Ahmad Murshidi bin Ramli.
Produk inovasi tahun ini ialah kad i'rab Bahasa Arab.
Keputusan: mendapat pinggat perak.





CERAMAH PERGIGIAN

Tarikh : 26 April 2019 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Penceramah : Dr. Anis (Pejabat Pergigian, klinik Kesihatan Tanjung Piandang)

Penyelaras Ustaz Zahran

MAJLIS PERASMIAN 10 MINIT MEMBACA

Tarikh : 26 April 2019
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Disempurnakan oleh : Puan Hajah Rohizah bt Haji Bawi (PK HEM)


Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari. 

Program ini telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada bulan April setiap tahun, dimana pada hari berkenaan, rakyat Malaysia telah berhenti sebentar dan membaca bersama-sama selama 10 minit

Program ini bertujuan mendorong dan meningkatkan kesedaran kepentingan membaca kepada semua rakyat Malaysia.Dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan meneruskan amalan membaca setiap hari .


Disempurnakan oleh PK Hem












CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI MURID/ SMART STUDY

Tarikh : 24 April 2019 (Rabu)
Masa : 9.00 mlm hingga 11.00 mlm
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh, SAMAWAT
Penceramah : En. Muhd Faisal bin Hassan (GBK)

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana ceramah pemantapan sahsiah diri murid menjurus kepada cara pembelajaran yang berkesan (Smart Study) berjaya dijalankan kepada semua pelajar asrama dan turut dihadiri oleh beberapa pelajar berulang.
Dalam ceramah kami ini penceramah mendedahkan beberapa teknik yang berkesan dalam proses pembelajaran mengikut kesesuaian pemahaman pelajar. Beberapa teknik secara individu dan kelompok telah didedahkan bersama dengan pembentukan kumpulan kelompok study group bagi setiap tingkatan. Sekilas beberapa teknik dan cara :


  • Cara bagaimana ingin memperolahi markah 100% dalam ujian dan juga peperiksaan diberikan iaitu 50% jika memberi tumpuan 100% semasa guru mengajar. 20% diperolehi hasil menyiapkan kerja sekolah tepat pada masanya dan 30% akan diperolehi hasil ulangkaji berpandukan kepada jadual dan hari yang sama.
  • Menubuhkan Kumpulan Group Study yang mana ahli tidak melebihi 4 orang. Ahli mesti melantik seorang ketua dan ketua perlu memastikan setiap ahli baca terlebih dahulu perkara yang ingin dibincangkan dan dibawa dalam perjumpaan kumpulan.
  • Pembelajaran didalam kelas juga mesti melibatkan penguasaan tiga elemen utama iaitu Psikomotor iaitu pergerakan tangan (mencatat). Kedua Kognitif iaitu bagaiman fungsi otak dan akal berfikir dan yang terakhir Visual yang melibatkan pemerhatian dan pendengaran.
Jika asas yang dikongsi ini diamalkan oleh setiap orang pelajar, maka kecemerlangan dalam sahsiah dan akademik akan dapat dibentuk dan SAMAWAT mampu menjadi antara sekolah yang disegani diperingkat daerah.


Jumaat, 19 April 2019

CERAMAH ISRA MIKRAJ 1440 HIJRAH

Tarikh : 19 April 2019 (Jumaat)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua warga SAMAWAT
Penceramah jemputan : Al Fadhil Ustaz Nordin bin Abd Rahman (SABK Al-Falah)





Selasa, 16 April 2019

MAJLIS TADARUS AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH MTQSS 2019 PERINGKAT NEGERI PERAK

Tahniah SAMAWAT!!!

Tarikh : 13 April 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat : Dewan SMK Abu Bakar Al-Baqir, Kerian.

Nama Peserta : Mohammed Amiruddeen bin Saadi (16 tahun)
Acara : Hafazan Kategeri Sekolah Menengah (SM) - Lelaki
Nama Guru Pembimbing/ Murabbi : Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali

Kedudukan : Tempat Ketiga daripada 12 Daerah yang bertanding

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana SAMAWAT sekali lagi mencipta nama diperingkat Negeri apabila meraih tempat ketiga bagi acara Hafazah Kategeri SM-Lelaki iaitu Mohammed Amiruddeen bin Saadi daripada tingkatan empat. Tunjuk ajar dan dorongan oleh Murabbi iaitu Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali.
Sebelum ini Mohammed Amiruddeen juga johan peringkat Zon dan Johan Peringkat Daerah Kerian. Semoga dengan kejayaan ini, beliau mampu meningkatkan motivasi diri dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk terus cemerlang dalam semua bidang yang diceburi dan SAMAWAT mampu melahirkan generasi hafazan pada masa akan datang. In sya Allah. Tahniah SAMAWAT, Tahniah Amiruddeen!!







MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 
"MAKA"

Tarikh : 12 April 2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Dirasmikan : Puan Hajah Sepiah binti Saphi (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kerian)

Mukaddimah
Alhamdulillah, MAKA yang dirancang berjalan dengan lancar dalam menghargai usaha dan kejayaan murid serta guru bagi tahun 2018. Semoga dengan majlis ini pihak yang terlibat akan terus berusaha mengecapi kejayaan dalam dunia pendidikan dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain agar terus memastikan kecemerlangan akademik di SAMAWAT terus menjadi agenda utama.
Kerjasam daripada semua pihak dalam menjayakan program ini menjadikan program kali ini mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan.

Perarakan Perasmi diiringi oleh Pasukan Kompang Cikgu Anuar



Ketibaan Perasmi iaitu Puan Hajah Sepiah bt Saphi

Perasami melancarkan Gimik Pelancaran

Tokoh Anugerah Akademik tahun 2018 (Muhammad Nabil Hibatullah bin Hasbullah)
7A, 2B+ dalam SPM 2018




Selasa, 9 April 2019

PELANCARAN PROGRAM TAHBIBUL LUGHAH

Tarikh : 8 April 2019 (Isnin)
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Disempurnakan oleh : Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)

Penyelaras : Ustaz Zahran bin Saad & Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali



Dirasmikan oleh Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)


Sekitar Majlis Pelancaran




Sekitar Pertandingan Qira'ah Sab'anh bagi Program ini


Isnin, 8 April 2019

KEM KEPIMPINAN SAMAWAT SIRI 1/4 TAHUN 2019

Tarikh : 7 April 2019 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ahli PRS, Ketua dan Penolong Kelas.
Ketua Fasalitator : Muhd Faisal bin Hassan (GBK)
Fasalitator : Ahmad Murshidi bin Ramli & Muhammad Muhaimin bin Mustapai (Guru Disiplin)

Mukaddimah
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMAWAT. Program ini melibatkan 62 peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong kelas serta ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada perserta sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.


Objektif
Objektif Program Ini adalah untuk :
  • Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri dan kemahiran peserta.
  • Memupuk nilai - nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
  • Menyemai nilai sumur model SAMAWAT iaitu “EMAS” berteraskan elemen SUMUR iaitu Jati Diri.
  • Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para peserta dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.
  • Melalui aktiviti - aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para peserta apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .









Harapan
Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat berterusan kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin di sekolah. Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan peserta umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan murid SAMAWAT, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu mereka dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar .

Jumaat, 5 April 2019

CERAMAH KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN

Tarikh : 5 April 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00mlm - 10.30mlm
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh SAMAWAT
Sasaran : Semua pelajar asrama
Penceramah : En. Mohammad Zulkiflee bin Awang (GBK Al-Falah)

Mukaddimah

Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada pelajar kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program Bijak Belajar ini dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar di sekolah ini.

Matlamat

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Objektif

  • Agar murid-murid mempunyai matlamat yang jelas demi mencapai kecemerlangan akademik mereka.
  • Agar murid-murid tahu hala tuju yang ingin dicapai dan langkah-langkah menuju kecemerlangan.
  • Memberi kesedaran kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam akademik.
  • Mengamalkan suasana belajar yang kondusif dan positif dari masa ke masa.
  • Menyuntik semangat pembelajaran dalam diri semua pelajar dan dapat mengetahui teknik belajar yang betul.
  • Untuk memastikan murid-murid mempunyai visi dan misi yang selari dengan visi dan misi sekolah demi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.


Khamis, 4 April 2019

PROGRAM IKRAR MURID/ AKU JANJI & PENETAPAN TARGET SAMAWAT 2019

Tarikh : 3 April 2019 (Rabu)
Masa : 3.00pm hingga 5.00pm
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Dirasmikan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)
Sasaran : Calon PT3, Thanawi, SPM dan STAM sesi 2019 seramai 87 orang calon

Mukaddimah
Alhamdulillah, ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung bagi menjayakan program ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Jawatankuasa Kerja Program, Jawankuasa Ibu Bapa (PIBG), Para Ibu Bapa dan Calon-calon yang disasarkan.

Matlamat Program
Melahirkan lebih ramai murid mendapat ”Perfect Score A dan Mumtaz” dalam peperiksaan PT3, Thanawi, SPM dan STAM.

Objektif Program

  • Berjaya meningkatkan kesedaran untuk mendapat ”Straight A dan Mumtaz” .
  • Berjaya meningkatkan daya tahan diri untuk belajar secara optimum
  • Mengetahui teknik belajar yang sesuai dengan diri pelajar.
  • Berjaya meningkatkan kebolehan mengurus diri untuk menghadapi peperiksaan.

Sasaran Program
  • 27 orang murid Tingkatan Tiga (PT3)
  • 17 orang murid Tingkatan Empat (Thanawi)
  • 26 orang murid Tingkatan Lima (SPM)
  • 17 orang murid Tingkatan Enam (STAM)
Perlakasanaan Program
  • Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
  • Bacaan Doa
  • Alunan Asma Al Husna, Nyayian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Perak
  • Ucapan Perasmian Tuan pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah)
  • Pembentangan Headcount oleh PK Pentadbiran (Ustaz Azmi bin Othman)
  • Ikrar Murid (Muhd Raif bin Fauzi)
  • Ikrar Ibu Bapa (Tn. Hj. Mohamad Shariman bin Alang Ahmad)
  • Ikrar Guru (Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali)
  • Motivasi oleh GBK (Muhd Faisal bin Hassan)
  • Penyampaian Headcount
  • Bersurai
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa


Pembentangan Headcount oleh PK Pentadbiran

Ikrar oleh Murid

Ikrar oleh Ibu Bapa

Ikrar oleh Guru

Motivasi oleh GBK









Tetamu  VVIP dan Para Ibu Bapa