Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling & HEM
Fasilitator : Semua murid tingkatan 5 dibantu oleh Kaunselor
Sasaran : Seramai 30 orang pelajar tingkatan satu sesi 2019 yang tinggal di asrama
MUKADDIMAH
Alhamdulillah, perjalanan minggu orentasi bagi pelajar baru tingkatan satu sesi 2019 berjalan dengan lancar selepas hari pendaftaran pada 1 januari 2019. Unit bimbingan dan kaunseling dengan dibantu oleh pelajar tingkatan lima sebagai fasilitator menjadikan minggu orentasi lebih berjalan dengan baik dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun dengan rapi.
Tujuan orentasi ini dijalankan untuk memberi pendedahan yang menyeluruh kepada Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI) kepada proses awal pelajar baru di sekolah baharu agar mereka berupaya bersiap sedia dalam apa jua aspek pengurusan diri dan sebagainya. Kepelbagaian program dan aktiviti yang telah disusun selama tiga hari ini melibatkan aktiviti seperti :
- Ice Breaking
- Senamronik
- Kerja Dalam Kumpulan (LDK)
- Ceramah Sahsiah diri Murid
- Taklimat Pengurusan Asrama
- Taklimat Pengurusan Disiplin Sekolah dan Asrama
- Taklimat oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
- Explorace
- Riadah Santai
Pelajar peka mendengar arahan Fasilitator |
Pelajar dipecahkan dalam kumpulan |
Pembentangan kumpulan |
Explorace |
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan