Isnin, 7 Januari 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG SESI 2019

Tarikh : 7 Januari 2019 (Isnin)
Masa : 7.20 pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT
Disempurnakan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua)

Mukaddimah

Program Amalan Guru Penyayang adalah satu program yang diselia dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan dijalankan pada setiap tahun disemua sekolah diseluruh Malaysia. Usaha ini adalah bagi menwujudkan nilai penyayang dan sifat kepedulian guru kepada muridnya. Amalan penyayang perlu diterapkan oleh semua guru agar kemenjadian murid mencapai hasrat Kementerian. 

Maka dengan ini, pihak sekolah dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) akan memastikan segala hasrat Kementerian dicapai dengan matlamat dan objektif yang telah digariskan.

Alhamdulillah, segala perancangan bagi program bagi sesi 2019 berjaya dilancarkan dan disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SAMAWAT iaitu Ustaz Muhamad bin Abdullah diiringi oleh Puan Hajah Rohizah bt Hj. Bawi (PK HEM) dengan gimik banting dan montaj tayangan yang disediakan. Segalanya berjalan dengan lancar.

Objektif Program
· Menjiwai amalan penyayang adalah budaya sekolah.
· Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
· Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan Negara.

 Tentatif Program
7.20 pagi   : Semua guru dan murid berkumpul didataran perhimpunan.
7.25 pagi   : Ucapan aluan pengerusi.
                   : Alunan Asma Al-Husna, Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak
                   : Laporan guru bertugas.
7.30 pagi  : Ucapan HEM
                  : Ucapan perasmi (Pengetua SAMAWAT)
                 : Gimik Perasmian Program Amalan Guru Penyayang 2019 (Montaj)
     : Penyerahan sijil dan buku mentor-   mentee kepada penyelaras program. 
8.30 pagi : Penutup /bertugas

Upacan alu-aluan oleh pengerusi majlis

Ucapan oleh PK HEM

Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua

Gimik Pelancaran

Tayangan Montaj AGP 2019

Penyerahan Sijil Lantikan Mentor/ Buku Rekod bagi mentor-mentee/ Usrah sesi 2019





Tiada ulasan:

Catat Ulasan