Jumaat, 28 September 2018

MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT & MOHON RESTU PERDANA 2018

Tarikh : 27 September 2018 (Khamis) bersamaan 17 Muharam 1440H
Masa : 6.30petang hingga 9.30malam
Tempat : Masjid Jamek Tanjung Piandang

Elemen SUMUR: Mutadayyin
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam bersama LPS dan PIBG

Objektif:
1. Memberi kekuatan mental dan rohani murid dalam menghadapi peperiksaan.
2. Memberi ketenangan jiwa ketia berada di dalam dewan peperiksaan
3. Memohon pertolongan Allah S.W.T agar dimudahkan murid-murid menjawab soalan peperiksaan.
4. Mengeratkan silaturahim antar warga sekolah, ibu bapa dan ahli Masjid Jamek Tanjung Piandang.

Program Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat & Mohon Restu Perdana 2018 ini merupakan salah satu usaha dan ikhtiar bersepadu di antara guru, ibu bapa dan murid-murid untuk memohon pertolongan Allah untuk anak-anak SAMAWAT mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun, PT3, Thanawi, SPM dan  STAM.
Alhamdulillah, penganjuran majlis ini mendapat maklum balas yang positif dari ibu bapa waris murid dan ianya berjalan lancar dari permulaan pendaftaran hingga penutup. Hujan renyai-renyai yang turun di petang hari membawa bersama rahmat Ilahi. Semoga penganjuran majlis ini diredhai Allah dan diperkenankan segala doa. Amiin Ya Rabbal Alamin.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan