Isnin, 24 September 2018

KEM PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM SAMAWAT TAHUN 2018

Tarikh : 21 hingga 23 September 2018
Tempat : Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol, Perak
Sasaran : Seramai 68 orang peserta (45 Perempuan dan 23 Lelaki)

Mukaddimah

Alhamdulillah, Kem Perkhemahan Badan Uniform SAMAWAT bagi tahun 2018 mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan. Pada tahun ini, SAMAWAT berkolaborasi dengan SMK Sri Kurau dari Bagan Serai yang menghantar 40 orang peserta. Segala apa yang telah dirancang dengan kerjasama dengan pihak kem yang diketuai oleh En. Mohd Kamal yang merupakan pengurusan bagi Kem PLKN Jiwa Murni di Semanggol, Perak.

Segala aturcara sepanjang 3 hari 2 malam diuruskan oleh pihak Kem dengan pelbagai aktiviti yang memberi pengalaman yang berguna kepada semua peserta yang terlibat. Kesungguhan para guru SAMAWAT dan SMK Kuala Kurau untuk bersama-sama bersama dengan peserta yang terlibat. Komitmen yang diberikan oleh para peserta juga sangat baik dengan semangat kerjasama dan toleransi dari awal hingga akhir program. Bantuan dari segi infrastruktur dan peranan Fasilitator menjadikan program ini antara yang terbaik berjaya dilakukan dan kesannya amat mendalam kepada yang terlibat. 

Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi kem ini semoga memberi manfaat yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Objektif
Antara Objektif yang diperolehi sepanjang kem berlangsung :
  • Membina semangat kerjasama yang mantap antara ahli kumpulan dan peserta lain.
  • Memupuk nilai toleransi antara ahli kumpulan dan peserta yang lain.
  • Menanam nilai hormat-menghormati antara satu sama lain melibatkan peserta dengan peserta dan peserta dengan pihak kem seperti falitator.
  • Melahirkan semangat cintakan dan sanggup bekorban kepada agama, bangsa dan negara.
  • Memberi pengalaman dan pengetahuan yang berguna bagaimana ingin memberi sumbangan dan peranan dalam komuniti.







Antara aktiviti yang diikuti oleh para peserta dengan jayanya.



Slot muhasabah diri : Qiamulai dan solat berjemaah

Akhir kata, semoga program yang dijalani ini memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat. Kerjasama oleh pihak kem dan kominten yang diberikan oleh semua peserta, guru-guru yang terlibat samaada mewakili pihak SAMAWAT dan SMK Sri Kurau diucapakan dengan ucapan ribuan terima kasih. Insyallah, slogan sekolah sentiasa disebarluas dengan nilai penghayatan yang tinggi kepada masyarakat luar bahawa SAMAWAT sememangnya sentiasa Rajin dan Sopan!

SAMAWAT : Rajin & Sopan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan