Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak.
Tema : Pembentukan Sahsiah dan Jati Diri Murid.
Sasaran : Murid Tingkatan 4 & 5 tahun 2018
Ajuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling, PIBG, Pengurusan Asrama (BKAA) SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah bersama Kelab PEWARIS Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
MUKADDIMAH
Jati diri ialah sifat keperibadian atau ciri yang
unik,utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi
teras serta lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa.Sahsiah dan Jati diri ini perlu ditekankan kepada generasi pada hari ini kerana menerusi arus globalisasi yang serba moden ini, mereka lebih cenderung bergelumbang dengan masalah gejala sosial yang kian hari kian berleluasa. Oleh itu pembinaan Sahsiah dan Jati Diri terhadap golongan ini seperti latihan berdikari, keyakinan diri, semangat kerjasama, ketetapan pendirian dan kesabaran serta ketabahan pada seseorang invididu yang bernama remaja perlu dilakukan.
RASIONAL
Program Jati Diri
diadakan untuk menanggapi pelajar dari segenap aspek kehidupannya sebagai
pelajar iaitu kepentingan akademik dan ilmu pengetahuan, medan latihan fizikal,
mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak serta ukhuwah dan
kesatuan dalam kalangan pelajar. Program seperti ini amat penting bagi seorang
pelajar kerana di sinilah pelbagai menu mental dan jasad dinikmati secara
intensif.
OBJEKTIF
- Peserta program akan didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan menggunakan bakat kreatif dalam menjalani proses kehidupan (thinking out of box).
- Memberi kesedaran kepentingan sahsiah diri dalam mengharungi hidup sebagai pelajar.
- Membentuk pelajar ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar.
- Memberi pendedahan kehidupan kampus bersama Mahasiswa/siswi USAS.
PENUTUP
Alhamdulillah, sepanjang 2 hari 1 malam, program angkat ini berlabuh jua, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan melibatkan fokus kepada pembangunan sahsiah dan jati diri murid agar memperolahi keyakinan untuk berhadapan dengan yang kian mencabar pada masa akan datang. Kehadiran ke USAS juga sedikit sebanyak membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri suasana dan persekitaran sebenar apabila berada di Menara Gading. Semoga usaha kedua-dua belah pihak ini sentiasa utuh berpanjangan agar usaha membantu pelajar yang memerlukan sokongan dari sosial dapat dibantu dari masa ke semasa.
Taklimat awal oleh Tuan Pengetua |
Ketibaan pelajar di USAS |
Sesi Pendaftaran pelajar |
Aktiviti yang dijalankan kepada pelajar |
Penyampaian cenderahati |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan