Tarikh : 20 Julai 2018 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Murid, Guru dan Ibu Bapa
MUKADDIMAH
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allh swt kerana dengan izin-Nya, Hari Interaksi bersama murid, guru dan ibu bapa yang telah dirancang berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan. Ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja guru-guru yang bekerja keras bagi menjayakan program ini dengan jayanya. Kerjasama daripada ibu bapa yang turut hadir hampir 80% menjadikan majlis interaksi ini mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan.
Dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis oleh Ustaz Ahmad Kamal Arrifin. Seterusnya nyanyian lagu asma al husna, lagu negaraku dan lagu Negaraku diselangi oleh ucapan kata alu-aluan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Muhamad bin Abdullah dan seterusnya majlis diserahkan kepada En. Muhammad Naufal bin Abd Aziz @ Azid (Kaunselor Organisasi) Pejabat Pendidikan Daerah Kerian selama hampir 1jam 30 minit bersama murid, guru dan ibu bapa. Majlis diakhiri dengan sedikit penerangan ringkas oleh pengasas projek PEDERAS iaitu Ustaz Hatta bin Rahim kepada tetamu yang hadir.
Alhamdulillah, selesai majlis bual bicara bersama murid, guru dan ibu bapa, sekali lagi En. Muhammad Naufal dijemput untuk menyempurnakan perasmian Bilik Galeksi SAMAWAT diiringi oleh Tuan Pengetua, Guru-guru dan para ibu bapa. Selasai majlis perasmian, tetamu diperkenalkan dengan contoh-contoh Khat untuk tempahan khas bagi dana membina surau sekolah. diketuai oleh Ustaz Hatta bin Rahim, perhatian dan minat tetamu yang hadir amat menggalakan.
Akhir sekali, ibu bapa/ waris ke bergerak ke kelas anak masing-masing untuk mengambil pelaporan PPT 2018 bersama guru tingkatan masing-masing (tingkatan 1 hingga STAM). Majlis berlangsung lebih kurang sejam sehingga majlis tamat jam 12.00 tengahari.Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi kepada guru-guru yang bekerja keras bagi menjayakan prpgram ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan