Isnin, 30 Julai 2018

LAWATAN ASRAMA KE KELANTAN DAN TERENGGANU

Tarikh : 27 hingga 29 Julai 2018
Hari : Jumaat hingga Ahad
Lokasi : Kelantan dan Terengganu
Anjuran : Pengurusan Asrama SAMAWAT

 Alhamdulillah, pada 27 Julai 2018, seramai 42 orang pelajar dan 2 guru pengiring iaitu Ustaz Roslan dan Ustaz Muhaimin serta 2 penyelia asrama Puan Hapizah dan Puan Norasikin telah menyertai lawatan ke Terengganu dan Kelantan selama 3 hari dari 27 Julai hingga ke 29 Julai 2018.

Kami bertolak pada jam 4 pagi lagi dari laman sekolah dengan sebuah bas yang disewa khas. Alhamdulillah, kami selamat tiba ke Terengganu jam 3 petang. Antara tempat lawatan di Terengganu ialah Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri Terengganu, dan Pasar Payang.

Setelah sehari di Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke Kelantan, dalam perjalanan kami sempat singgah di Pantai Penarik. Antara tempat lawatan menarik di Kelantan yang sempat kami lawati ialah Pantai Cahaya Bulan, Masjid Muhammadi, Pasar Siti Khadijah, Masjid Beijing di Rantau Panjang, dan juga Kawasan Bebas Cukai Bukit Bunga.

Setelah selesai membeli belah di Bukit Bunga, kami terus pulang ke SAMAWAT. Dan alhamdulillah, pada jam 11.55 malam kami selamat tiba di laman sekolah setelah mengharungi hujan ketika dalam perjalanan.

Moga - moga sepanjang lawatan ini dapat memberi ibrah pengalaman kepada pelajar dalam mematangkan diri mereka.

Pelajar sempat bergambar di kioks Noor Arfa

Sekitar Pantai Penarik Terengganu 

 Lawatan ke Muzium Negeri Kelantan 

Santai sambil ber'babeque 

Syok! 

 Pelajar sempat menempah plat nama

 Lawatan ketika di Muzium Negeri Terengganu 

Pelajar khusyu' mendengar penerangan

 Replika masjid di Taman Tamadun Islam

Replika masjid

Replika masjid 2

Replika masjid Al - Aqsa

Peace ✌️✌️✌️ ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan