Isnin, 30 Julai 2018

LAWATAN ASRAMA KE KELANTAN DAN TERENGGANU

Tarikh : 27 hingga 29 Julai 2018
Hari : Jumaat hingga Ahad
Lokasi : Kelantan dan Terengganu
Anjuran : Pengurusan Asrama SAMAWAT

 Alhamdulillah, pada 27 Julai 2018, seramai 42 orang pelajar dan 2 guru pengiring iaitu Ustaz Roslan dan Ustaz Muhaimin serta 2 penyelia asrama Puan Hapizah dan Puan Norasikin telah menyertai lawatan ke Terengganu dan Kelantan selama 3 hari dari 27 Julai hingga ke 29 Julai 2018.

Kami bertolak pada jam 4 pagi lagi dari laman sekolah dengan sebuah bas yang disewa khas. Alhamdulillah, kami selamat tiba ke Terengganu jam 3 petang. Antara tempat lawatan di Terengganu ialah Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri Terengganu, dan Pasar Payang.

Setelah sehari di Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke Kelantan, dalam perjalanan kami sempat singgah di Pantai Penarik. Antara tempat lawatan menarik di Kelantan yang sempat kami lawati ialah Pantai Cahaya Bulan, Masjid Muhammadi, Pasar Siti Khadijah, Masjid Beijing di Rantau Panjang, dan juga Kawasan Bebas Cukai Bukit Bunga.

Setelah selesai membeli belah di Bukit Bunga, kami terus pulang ke SAMAWAT. Dan alhamdulillah, pada jam 11.55 malam kami selamat tiba di laman sekolah setelah mengharungi hujan ketika dalam perjalanan.

Moga - moga sepanjang lawatan ini dapat memberi ibrah pengalaman kepada pelajar dalam mematangkan diri mereka.

Pelajar sempat bergambar di kioks Noor Arfa

Sekitar Pantai Penarik Terengganu 

 Lawatan ke Muzium Negeri Kelantan 

Santai sambil ber'babeque 

Syok! 

 Pelajar sempat menempah plat nama

 Lawatan ketika di Muzium Negeri Terengganu 

Pelajar khusyu' mendengar penerangan

 Replika masjid di Taman Tamadun Islam

Replika masjid

Replika masjid 2

Replika masjid Al - Aqsa

Peace ✌️✌️✌️ ! 

PERTANDINGAN MISS

Tarikh : 28 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00am hingga 12.00 tengahari
Tempat : SABK Al-Hidayah, Parit Abas, Kuala Kurau
Peserta : Seramai 18 orang peserta


p/s :Mohon kepada penyelaras untuk kemas kini laporan bertulis dan bergambar  ikut turutan tentatif program

PROGRAM MOTIVASI DISIPLIN PELAJAR ASRAMA

"CEGAH BULI DAN ROKOK"

Tarikh : 28 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh, SAMAWAT
Anjuran : Pelajar tahun 4 Jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan seramai 3 orang dari KV, Kerian.


MUKADDIMAH
Program ini dirancang oleh pelajar tahun akhir pengkhususan Pegurusan Perniagaan dari Kolej Vokasional Kerian seramai 3 orang pelajar bagi membantu murid khusus dalam menangani masalah buli (ceramah) dan pemeran berkaitan dengan bahaya merokok. Usahasama pelajar tahun akhir ini bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMAWAT dilihat memberi pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna kepada warga sekolah khususnya penghuni asrama.

PERJALANAN PROGRAM
Program ini bermula dengan sesi kata-kata aluan oleh penyelaras program iaitu wakil pelajar KV, Kerian kepada murid asrama dan majlis diteruskan dengan ceramah oleh penceramah jemputan iaitu En. Surajudin bin Ghani tentang mencegah buli di asrama. Selesai ceramah tersebut selama sejam, murid-murid diedarkan dengan borang soal selidik dan disajikan dengan pameran bahaya tentang rokok. Seterusnya majlis berlabuh dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Tuan Pengetua sendiri iaitu Ustaz Muhamad bin Abdullah yang turut bersama-sama dalam program ini walaupun berulang alik ke SABK Al-Hidayah bagi satu lagi program iaitu pertandingan MISS yang melibatkan seramai 18 orang murid SAMAWAT yang mengambil bahagian.


IMPAK PROGRAM
  • Kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak Kolej Vokasional dalam fokus masalah disiplin murid dapat diterusakan dan diperkukuhkan.
  • Murid memperolehi pengetahuan yang berguna tentang bagaimana untuk mencegah buli dan rokok diperingkat awal.
  • Peranan dan tanggungjawab dalam diri setiap murid dapat ditingkatkan dalam soal disiplin khususnya yang tinggal di asrama.
  • Murid dapat menunjukkan budaya rajin dan sopan dan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak yang membantu.

Kata-kata aluan oleh Penyelaras Program dan Bacaan Doa sebelum majlis dimulakan


Ceramah dan Pemeran yang disajikan kepada murid asrama SAMAWAT
Penyampaian Saguhati oleh pihak penganjur kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Tuan Pengetua
(Ustaz Muhamad bin Abdullah)

Penyampaian Cenderahati oleh Tuan Pengetua kepada penceramah

Sesi bergambar pengetua bersama pelajar tahun akhir KV, kerian selaku penganjur program





Khamis, 26 Julai 2018

Khidmat PaKaR Kerian

Tarikh: 17-18 Julai 2018
Hari: Selasa & Rabu
Skop Kerja:
1) Memindahkan peralatan ICT dari bilik komputer lama ke bilik komputer baru.















KEM KECEMERLANGAN BAHASA ARAB PERINGKAT DAERAH

26 Julai 2018 Khamis
jam 8.30am bertempat di SMK Panglima Bukit Gantang.melibatkan tujuh buah sekolah dan seramai 110 orang murid.Program dimulai dengan slot teknik menjawab kertas 1 beberapa tajuk nahu dan sarf. Ianya disampaikan oleh ustaz Alim Syah dari SMKA Kerian. Pada jam 10.00 am disambung oleh Ustaz Jamnul Azizi Mulkan dari SMA Alfalah. Seterusyna bengkel pada jam 11.00 terdiri dpd qawaid, mawaqif , tarakib, insya dan kefahaman.





Oleh: Azmi bin Othman

Isnin, 23 Julai 2018

HARI INTERAKSI BERSAMA MURID, GURU DAN IBU BAPA

Tarikh : 20 Julai 2018 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Murid, Guru dan Ibu Bapa

MUKADDIMAH

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allh swt kerana dengan izin-Nya, Hari Interaksi bersama murid, guru dan ibu bapa yang telah dirancang berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan. Ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerja guru-guru yang bekerja keras bagi menjayakan program ini dengan jayanya. Kerjasama daripada ibu bapa yang turut hadir hampir 80% menjadikan majlis interaksi ini mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan.

Dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis  oleh Ustaz Ahmad Kamal Arrifin. Seterusnya nyanyian lagu asma al husna, lagu negaraku dan lagu Negaraku diselangi oleh ucapan kata alu-aluan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Muhamad bin Abdullah dan seterusnya majlis diserahkan kepada En. Muhammad Naufal bin Abd Aziz @ Azid (Kaunselor Organisasi) Pejabat Pendidikan Daerah Kerian selama hampir 1jam 30 minit bersama murid, guru dan ibu bapa. Majlis diakhiri dengan sedikit penerangan ringkas oleh pengasas projek PEDERAS iaitu Ustaz Hatta bin Rahim kepada tetamu yang hadir.

Alhamdulillah, selesai majlis bual bicara bersama murid, guru dan ibu bapa, sekali lagi En. Muhammad Naufal dijemput untuk menyempurnakan perasmian Bilik Galeksi SAMAWAT diiringi oleh Tuan Pengetua, Guru-guru dan para ibu bapa. Selasai majlis perasmian, tetamu diperkenalkan dengan contoh-contoh Khat untuk tempahan khas bagi dana membina surau sekolah. diketuai oleh Ustaz Hatta bin Rahim, perhatian dan minat tetamu yang hadir amat menggalakan.

Akhir sekali, ibu bapa/ waris ke bergerak ke kelas anak masing-masing untuk mengambil pelaporan PPT 2018 bersama guru tingkatan masing-masing (tingkatan 1 hingga STAM). Majlis berlangsung lebih kurang sejam sehingga majlis tamat jam 12.00 tengahari.Ucapan ribuan terima kasih sekali lagi kepada guru-guru yang bekerja keras bagi menjayakan prpgram ini.

Tetamu dijemput oleh Tuan Pengetua untuk menandatangani buku pelawat

Ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua (Us. Muhamad)


Ibu bapa yang hadir mendaftarkan diri

Bual Bicara bersama kaunselor organisasi (En. Muhammad Naufal) bersama murid dan ibu bapa/waris





Suasana sekitar bual bicara bersama penceramah jemputan (En. Naufal)







Sekitar Majlis Pelancaran dan suasana di bilik galeksi SAMAWAT

Diakhir program bual bicara dan perasmian bilik galeksi SAMAWAT bersama ibu bapa/waris, ibu bapa dibawa ke kelas anak masing-masing bagi mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun 2018 dan sesi bersurai.
Pelaporan bagi tingkatan 1 Bukhari

Pelaporan bagi tingkatan 3 At-Tardmizi

Pelaporan bagi tingkatan 4 Ibnu Majah

Pelaporan bagi tingkatan 6 STAM

Pelaporan bagi tingkatan 2 Muslim

Pelaporan bagi tingkatan 5 Abu Daud