TARIKH: 31/1/2018
HARI: RABU
MASA : 9.00 am- 9.00 pm
Daurah Matan Al-Jurumiah telah berjaya dilaksanakan mengikut seperti mana yang telah dijadualkan iaitu pada cuti am sekolah sempena hari Thaipusam. Daurah pada kali ini memfokuskan pada bahasa arab yang mana kitab asas qawaid arab yang telah digunakan iaitu Matan Al-Jurumiah.
Seramai 50 orang pelajar yang terlibat iaitu pelajar tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Daurah tersebut bermula pada jam 9 pagi sehingga 9 malam bertempat di Dewan Tuan Guru Hj.Noh. Matan tersebut dikupas sendiri oleh guru-guru SAMAWAT iaitu Ustaz Kamal,Ustaz Azmi, Ustaz Roslan,Ustaz Hatta, Ustazah Saodah dan Ustazah Nurtaqiah.
Daurah tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik oleh pelajar dan guru.
Semoga daurah ini dapat memantapkan lagi kemahiran bahasa arab dalam kalangan pelajar.
Rabu, 31 Januari 2018
Isnin, 29 Januari 2018
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018
Masa : 08.00 pagi – 10.30 pagi
Lokasi : Di dataran SMA Shamsul Maarif Al Wataniah sehingga kawasan persekitaran Kampung Tanjung Piandang,Perak.
PENDAHULUAN
Kejohanan Merentas Desa merupakan satu acara tahunan dalam takwim SMA Shamsul Maarif selaras dengan matlamat utama aktiviti kokurikulum untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara bagi menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,jasmani dan emosi semua murid.
OBJEKTIF
- Kejohanan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemejadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis serta menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
- Meningkatkan martabat sukan sekolah di peringkat daerah,negeri, dan Kebangsaan.
- Mencungkil bakat murid dalam acara merentas desa.
- Menanam gaya hidup sihat dengan bersukan.
Add caption |
Senaman ringan sebelum larian |
Taklimat, perasmian dan pelepasan oleh Us. Murad (YDP PIBG) |
Ucapan oleh Us. Muhamad Abdullah sekitar majlis penyampaian hadiah |
PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG, MENTOR-MENTEE/USRAH DAN AMALAN 3S (Senyum, Sapa, Salam) PERINGKAT SEKOLAH 2018
Tarikh : 29 Januari 2018 (Isnin)
Tempat : Dewan Terbuka SAMAWAT
Perasmi : Us. Muhamad bin Abdullah (Pengetua)
Tempat : Dewan Terbuka SAMAWAT
Perasmi : Us. Muhamad bin Abdullah (Pengetua)
PENGENALAN
Tujuan pelaksanaan Program Amalan Guru
Penyayang, Mentor-mentee dan Amalan 3S (Senyum,Sapa,Salam) adalah
bertujuan agar guru-guru sentiasa mengamalkan dan membudayakan sikap penyayang
di sekolah sebagai amalan yang berterusan pada setiap hari apabila berhadapan
dengan murid-murid khususnya.
Tujuannya juga adalah bagi menerapkan
konsep bahawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan
bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru
Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters)
dengan cara mengamalkan nilai kasih saying, bersikap mesra, mengambil berat,
berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menjiwai amalan penyayang dan 3S iaitu (senyum,sapa dan salam) adalah budaya guru dan murid.
- Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
- Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah.
- Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
SASARAN
- Semua murid dan guru SAMAWAT
Gimik pelancaran oleh Tuan Pengetua dengan menandatangani bunting perasmian |
Perasmian oleh Tuan Pengetua (Us. Muhamad) diiringi oleh PK HEM (Pn. Hjh. Rohizah) |
Ucapan Perasmian daripada Ustaz Muhamad Abdullah (Pengetua) |
Ucapan daripada Penyelaras Program "Kaunselor" |
PENUTUP
Diharapkan
semoga program amalan guru penyayang (Mentor-Mentee) dan Amalan 3S
(senyum,sapa,salam) memberi kesan yang positif supaya guru-guru menerapkan
amalan dan membudayakan sikap penyayang di sekolah. Diharap juga agar semua guru
meletakkan pelajar sebagai aset penting kepada sekolah sebagai pemangkin
generasi yang akan datang. Maka nilai-nilai dan sikap penyayang ini perlu
diterapkan pada setiap masa supaya guru-guru memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya agar amalan penyayang
merupakan sifat professional guru dalam perhubungan dengan murid, ibu bapa dan
masyarakat
Ahad, 21 Januari 2018
HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 6 (STAM) 2018
Tarikh : 9/1/2018
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah S.W.T kerana telah memudahkan urusan pengambilan pelajar STAM buat pertama kali pada tahun 2018 ini.Seramai 25 orang pelajar yang telah berjaya dalam temuduga yang lalu.Pengambilan pertama ini agak terhad kerana pihak sekolah hanya menyediakan satu kelas sahaja untuk Tingkatan 6.Justeru,pendaftaran telahpun dibuat pada tarikh yang ditetapkan dan urusan tersebut berjalan dengan amat baik sekali.Tambahan pula ada segelintir ibubapa yang turut sama hadir pada sesi pendaftaran tersebut.Ini menunjukkan petanda positif bahawa harapan dan kepercayaan ibubapa terhadap sekolah amat tinggi.Moga-moga SAMAWAT akan terus cemerlang di masa hadapan nanti.Sama-sama kita doakan,insyaAllah!
Sesi pembayaran yuran pendaftaran kepada guru kelas Ting 6,Ustaz Murshidi |
Kelihatan pelajar begitu teruja sekali |
Ucapan aluan daripada PK1,Ustaz Azmi Othman |
Taklimat ringkas berkaitan disiplin disampaikan oleh PK HEM,Ustazah Rohizah |
Khamis, 18 Januari 2018
MESYUARAT AGUNG KELAB/PERSATUAN & UNIT BERUNIFORM
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi (Kelab & Persatuan)
9.00 pagi (Unit Beruniform)
Pada hari sabtu minggu pertama bulan ini,pihak jawatankuasa Kokurikulum telahpun mengatur Mesyuarat Agung kali pertama 2018 bagi kelab & persatuan.Mesyuarat tersebut melibatkan pelajar bersama guru penasihat yang mana bermula pada jam 8.00 pagi.Sebanyak 8 kelab & persatuan yang terlibat.
Selesai sahaja mesyuarat kelab & persatuan,diteruskan lagi dengan mesyuarat agung unit beruniform yang mana pelajar lelaki terlibat dengan Kadet Remaja Sekolah manakala pelajar perempuan terlibat dengan Puteri Islam.
Kehadiran pelajar bagi kedua-dua mesyuarat agung tersebut mencapai 95% dan mesyuarat berjalan dengan lancar.
Taklimat daripada Cikgu Johari (Penasihat KRS) |
Pelajar memberikan respon yang baik pada pemilihan jawatankuasa |
Mesyuarat Puteri Islam |
Kehadiran pelajar yang memuaskan |
Mesyuarat kelab dipengerusikan sendiri oleh pelajar |
Rabu, 3 Januari 2018
HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN SAMAWAT 2018
Tarikh : 2 Januari 2018 (Selasa)
Masa : 7.30am
Tempat : Dewan terbuka sekolah baru
Tetamu : Inspektor Moh Aznal bin Alawi (PPS - Pegawai Perhubungan Sekolah)
Masa : 7.30am
Tempat : Dewan terbuka sekolah baru
Tetamu : Inspektor Moh Aznal bin Alawi (PPS - Pegawai Perhubungan Sekolah)
Seawal jam 7.00 pagi para pelajar telah menuju ke sekolah
AJK PIBG juga turut bersama-sama
Perhimpunan hari pertama persekolahan
Ucapan pertama oleh Tn Pengetua
Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) - Insp. Moh Aznal
Barisan para guru bersama-sama PPS
TAKLIMAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 HINGGA 5 SESI 2018
Tarikh : 1 Januari 2018
Masa : 10.00am hingga 11.15am
Tempat : Dewan Tuan Guru Haji Noh, SAMAWAT.
Masa : 10.00am hingga 11.15am
Tempat : Dewan Tuan Guru Haji Noh, SAMAWAT.
Langgan:
Catatan (Atom)