Khamis, 24 November 2016

PROGRAM LAWATAN KHIDMAT MASYARAKAT "TAUTAN JALINAN KASIH"

Tarikh : 23 November 2016 (Rabu)

Sasaran : 30 orang murid tingkatan (PT3)

Tempat : Kediaman Abu Nur (Kediaman Warga Emas dan Anak-anak Yatim/Miskin, Kampung                         Simpang Pulai, 33100 Pengkalan Hulu, Perak.


RASIONAL

1.     Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak yatim sepanjang di Kediaman          Abu Nur.

2.     Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan anak-anak yatim dengan lebih dekat lagi.

3.    Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi memastikan                 golongan yang kurang bernasib baik dilindungi.

Ketibaan murid SAMAWAT

Penyampaian Hadiah Aktiviti yang dijalankan

Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim

Bergambar kenang-kenangan bersama warga Kediaman Abu Nur

Ketibaan murid disambut oleh Kediaman Abu Nur

Penyampaian Cenderahati kepada wakil Kediaman Abu Nur


 OBJEKTIF

1.   Melatih murid bekerjasama dalam satu pasukan untuk mengendalikan pembinaan hubungan yang baik               antara  anak-anak yatim/miskin

2.   Mempraktikkan “Komunikasi interpersonal” dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan sasaran               praktikal adalah anak-anak yatim yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing.

3.   Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan       terpinggir.

4.  Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian                  terhadap golongan kurang bernasib baik.

5.   Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak kaedah kepada warga SAMAWAT.

6.   Mengembirakan golongan anak-anak yatim/miskin yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan mereka.


Edited by : Fadziah bt Zaini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan