Khamis, 24 November 2016

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM DAN KOKU 2016

Tarikh : 18 November 2016 (Jumaat)
Masa : 7.30am hingga 11.00am
Tempat : Dewan SAMAWAT

Perasmi : Tn. Hj. Zainudin bin Mahmud (Penyelia Sukan, Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Kerian)

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah upacara tahunan disekolah ini. Ianya bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Ia dapat meningkatan akademik dan disiplin pelajar. Membimbing pelajar dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni,kependidikan dan kemasyarakatan. Membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia selaras dengan perkembangan JERI yang seimbang.





Persembahan silat oleh murid SAMAWAT

Tetamu kehormat (dari kiri Us. Muhamad (Pengetua), Tengah Tn. Hj. Zainudin Mahmud (PPD Kerian), Kanan Wakil LPS

Sekitar ketibaan tetamu VVIP

Pengacara Majlis

Ucapan tuan pengetua us. Muhamad bin Abdullah

Bacaan al-quran secara murattal

Ucapan Tn. Hj Zainudin Mahmud(Perasmi Program)
OBJEKTIF

Objektif Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu.  Antaranya ialah;
1.       Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam bidang HEM dan kokurikulum.
2.      Memberi pengiktirafan terhadap kepimpinan yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam aktivit-aktiviti HEM dan kokurikulum.
3.      Melahirkan tokoh pelajar cemerlang dalam bidang kokurikulum sebagai role model kepada pelajar lain untuk lebih maju dalam bidang HEM dan kokurikulum.
4.       Menyeimbangkan antara perkembangan fizikal dengan perkembangan mental, jasmani, emosi dan rohani para murid SAMAWAT.

5.    Mewujudkan semangat kerjasama dan silaturrahim antara semua warga sekolah.


Edited by : Abd Malik bin Hashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan