Isnin, 21 Mei 2018

PELANCARAN IHYA' RAMADHAN SAMAWAT TAHUN 2018

Tarikh : 18 Mei 2018 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT
Perasmian oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SAMAWAT

Sasaran : Semua murid SAMAWAT seramai 158 orang
Bermula : 17 Mei hingga 8 Jun 2018 bersamaan 1 Ramadhan - 23 Ramadhan 1439H

MUKADDIMAH
Sempena menyambut bulan ramadhan karim, kebiasaan sekolah akan menganjurkan beberapa program untuk mengimarahkan lagi bulan tersebut. Pelbagai aktiviti dan program  telah susun bermula dengan pelancaran dan terus berjalan kepada pengisian seperti Tadarus Al-Quran, Majlis berbuka puasa perdana peringkat sekolah, Solat Terawih, Ceramah, Tazkirah mingguan dan bermacam lagi. Semoga dengan usaha ini mendapat keredhaan Allah swt serta dapat memberi kesedaran kepada semua warga SAMAWAT.

MATLAMAT 
Program ini berhasrat menyedarkan murid-murid dan warga SAMAWAT tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

OBJEKTIF
Selepas mengkuti program ini, warga SAMAWAT dapat :

  • Kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan ramadhan.
  • Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang lain.
  • Menggalakan ibadah membaca al-Quran dalam kalangan warga SAMAWAT.
  • Menyuburkan perasaan untuk merebut kelebihan bulan Ramadhan.






Perasmian oleh Tuan Pengetua (Us. Muhamad) diiringi oleh PK HEM (Pn.Hjh. Rohizah)





Tadarus Al-Quran oleh semua murid dan warga SAMAWAT seawal jam 7.15pagi - 7.45am








PENUTUP
Semoga usaha ini akan berupaya mengimarahkan bulan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak



Khamis, 17 Mei 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

   "Guru Pemancu Tranformasi Pendidikan"


Tarikh : 16 Mei 2018
Masa : 7.30am -1.00 pm
Tempat : Dewan SAMAWAT
Dirasmikan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)

PENDAHULUAN
Setiap tahun hari guru akan mengisi calendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu
dilaksanakan .agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting dimana untuk  menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru .komitmen dan kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak untuk menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecermelangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

RASIONAL
Rasional di sebalik anjuran hari guru ini ialah :
  • Menyemarakkan semangat guru –guru.
  • Merapatkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan warga sekolah .

MATLAMAT 
Matlamat hari guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik yang diberikan tugas-tugas  yang telah diamanahkan .perjuangan guru-guru perlu dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama , bangsa dan Negara Malaysia .

KUMPULAN SASARAN
  • Guru-guru
  • Kakitangan sekolah
  • Murid-murid
TEMA
  • Citra Warna
TENTATIF
Masa
perkara
7.30 pg
Ketibaan para guru / pentadbir dan staff
7.40 pg
Nyanyian lagu : asmaul husna
          Negaraku
                Negeri perak
7.50 pg
Kata kata aluan mc
Bacaan doa diketuai oleh muhd ikram b.abdul halim
8.00 pg
Ucapan wakil pelajar diketuai oleh muhd asraff bin alwei
8.05 pg -8.25 pg
Ucapan pengetua ustaz muhamaad bin Abdullah
Perutusan kpm
8.25 pg-8.35 pg
Montaj hari guru
8.35 pg-8.50 pg
Nyanyian lagu hari guru oleh semua guru samawat
8.50 pg – 9.00 pg
Semua murid tingkatan 5 memberikan bunga kepada guru –guru samawat
9.00 pg -9.20 pg
Tayangan video
9.20 pg – 9.50 pg
Outdoor games
-bola tampar(GL)
-bolajang jarring (GP)
9.50 pg -10.10 pg
Rehat
10.10 pg pg – 11.00 pg
Indoor games
-musang berjanggut
-timbang bola pingpong
-bawa bola pinpong ikat kaki sambil tutup mata bersama wakil pelajar
-teka teki barang dalam kotak
-mancing botol
-susu cawan
11.00 pg -11.20 pg
Persembahan
11.20 pg -11.40 pg
Penyampaian hadiah
11.40 pg-1.00 ptg
Jamuan/bersurai





Ucapan pengerusi majlis (Muhamad Nabil)

Bacaan perutusan oleh KPM oleh PK STAM (Us. Roslan)

Ucapan wakil murid (Muhamad Asyraf)


Pemberian bunga kepada setiap orang murid ting.5 kepada semua guru.






Majlis Perasmian oleh Tuan Pengetua (Us.Muhamad)


Aktiviti Indoor : Musang Berjanggut

Aktiviti Indoor : Mancing Botol

Aktiviti Indoor : Susu Cawan



Para guru SAMAWAT


Para murid tingkatan lima 2018



Penyampaian bunga oleh murid tingkatan lima kepada guru-guru

Aktiviti Indoor : Kerusi Berlagu



Persembahan murid (Mohd Fahmi Syarazi)

Para Guru dan Murid ting.5/2018



Aktiviti Outdoor : Bola Tampar guru lelaki



Aktiviti Outdoor : Bola Jaring (guru perempuan)

PENUTUP

Diharapkan program dan sambutan hari guru bagi tahun 2018 peringkat sekolah yang dilaksanakan mampu mencapai objektif dan matlamat yang diinginkan selaras dengan kehendak semua pihak .Melalui sambutan ini , semua pelajar dapat memupuk nilai kasih sayang antara guru –guru .

Isnin, 7 Mei 2018

KUNJUNG BANTU & PEMANTAUAN SPI, JPN KE SAMAWAT

Tarikh   :   7 Mei 2018 (Isnin)
Masa     :   10.00 Pagi

Fokus pemantauan :
1. Asrama Putera & Puteri
2. Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMA) dan Dewan Makan
3. Perkhidmatan Kawalan keselamatan (PKK)
4. Perkhidmatan kebersihan Bangunan & Kawasan (PKBK)












Ahad, 6 Mei 2018

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KERIAN:SAMAWAT MELAKAR SEJARAH

Tarikh : 3 Mei 2018
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Sekolah Menengah Bagan Serai (SMBS)

Kejohanan Bola Tampar peringkat Daerah Kerian telah pun berlangsung dengan jayanya bertempat di SMK Bagan Serai.Penyertaan kali ini melibatkan sebanyak10 buah sekolah bagi kategori perempuan dan sebanyak 13 buah sekolah bagi kategori lelaki.

Menariknya,SAMAWAT pada tahun ini menghantar penyertaan sulung dan buat kali pertama bagi kategori lelaki.Dan yang lebih membanggakan adalah Johan Bola Tampar bagi kategori lelaki telah dirangkul oleh SAMAWAT sekaligus telah memecahkan rekod SABK yang pertama memacu kejohanan ke peringkat negeri akan datang.Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlet-atlet bola tampar yang diketuai oleh Muhammad Shafei Bin Shariman.

Tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada pasukan bola tampar perempuan yang telah mendapat tempat ke-4 dalam kejohanan tersebut.Segala usaha yang bersungguh-sungguh selama ini telahpun membuahkan hasil yang begitu manis.Semoga SAMAWAT terus "melangit' dalam mencipta kecemerlangan dan kejuaraan.!

SYABAS SAMAWAT!
#TERUS MELAKAR SEJARAH
Mendengar kata-kata semangat daripada jurulatih (Us.Murshidi)

Gigih berusaha menentang pihak lawan

Pasukan perempuan turut memberikan semangat

Pengurus pasukan (Tn.Hj Abd Malik) fokus melihat perlawanan

Meraikan kemenangan bersama Pengetua

Syabas dan Tahniah!

Us.Muhammad bersama pengetua SMBS dan pegawai-pegawai daripada PPD

Pengurus pasukan menyarungkan pingat kepada pemenang

Lagak Sang Juara!

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah atlet-atlet SAMAWAT