Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT
Perasmian oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SAMAWAT
Sasaran : Semua murid SAMAWAT seramai 158 orang
Bermula : 17 Mei hingga 8 Jun 2018 bersamaan 1 Ramadhan - 23 Ramadhan 1439H
MUKADDIMAH
Sempena menyambut bulan ramadhan karim, kebiasaan sekolah akan menganjurkan beberapa program untuk mengimarahkan lagi bulan tersebut. Pelbagai aktiviti dan program telah susun bermula dengan pelancaran dan terus berjalan kepada pengisian seperti Tadarus Al-Quran, Majlis berbuka puasa perdana peringkat sekolah, Solat Terawih, Ceramah, Tazkirah mingguan dan bermacam lagi. Semoga dengan usaha ini mendapat keredhaan Allah swt serta dapat memberi kesedaran kepada semua warga SAMAWAT.
MATLAMAT
Program ini berhasrat menyedarkan murid-murid dan warga SAMAWAT tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
OBJEKTIF
Selepas mengkuti program ini, warga SAMAWAT dapat :
- Kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan ramadhan.
- Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang lain.
- Menggalakan ibadah membaca al-Quran dalam kalangan warga SAMAWAT.
- Menyuburkan perasaan untuk merebut kelebihan bulan Ramadhan.
Perasmian oleh Tuan Pengetua (Us. Muhamad) diiringi oleh PK HEM (Pn.Hjh. Rohizah) |
Tadarus Al-Quran oleh semua murid dan warga SAMAWAT seawal jam 7.15pagi - 7.45am |
Semoga usaha ini akan berupaya mengimarahkan bulan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan