Rabu, 20 Julai 2022

PROGRAM PEMANTAPAN IMAN & SENTUHAN KALBU PELAJAR SAMAWAT

Tarikh : 15 Julai 2022 (Jumaat)
Masa : 6.30 petang hingga 10.30 malam
Tempat : Dewan Utama Sekolah

Penyelaras : En. Muhd Faisal bin Hassan (GBK)
Penceramah : Ustaz Muhammad Fadhli bin Abd Rahim & Kumpulan New Fast
Disempurnakan oleh : Tn. Hj. Mohamad Sharif bin Mat Nayan (YDP PIBG)

Pendahuluan
Alhamdullilah, perjalanan Program Pemantapan Iman & Sentuhan Kalbu berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Program dibawah unit Kaunseling dengan kerjasama unit HEM sentiasa dirancang dengan sokongan PIBG.

Matlamat
Berusaha melahirkan insan yang bertanggungjawab berdisiplin, berilmu, beramal dan bertakwa serta matang dalam menangani cabaran global.

Objektif 
1) Melahirkan murid yang boleh memuhasabah diri, menyedari pentingnya hidup bersahsiah dan bertingkahlaku berasaskan agama
2) Meningkatkan kekuatan diri secara rohani dan jasmani.
3) Bersedia menghadapi cabaran akidah dari segi berbagai aspek dalam persekitaran kehidupan.

Tentatif Program 
6.30 petang  : Berkumpul di dewan sekolah
7.00 malam  : Taklimat
7.30 malam  : Solat Maghrib Berjemaah
8.00 malam  : Program Sentuhan Kalbu
10.30 mlm    : Solat Isyak Berjemaah & bersurai

Kos Keseluruhan : RM230.00











Tiada ulasan:

Catat Ulasan