Tarikh : 20 Jun 2022 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Utama Sekolah
Disempurnakan oleh : Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Ismail (Pengetua)
Pendahuluan
Alhamdulillah, Pelancaran Sekolahku Sejahtera peringkat SAMAWAT berjalan dengan lancar.
Penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA bakal melahirkan generasi berdaya saing di peringkat dunia.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia boleh dicapai menerusi 14 elemen Sekolahku Sejahtera yang diketengahkan kementerian.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep Sekolahku SEJAHTERA, 14 elemen nilai murni yang diumumkan oleh KPM, serta lagu dan lirik rasmi.
Terdapat 14 nilai yang terkandung di dalam konsep ini iaitu:
- Selamat
- Seronok
- Sihat
- Etika
- Empati
- Jati diri
- Adab sopan
- Harmoni
- Tekun
- Teliti
- Terampil
- Eksplorasi
- Rasional
- Artikulasi
Pelaksanaan Konsep
Pelaksanaan konsep ini akan diterapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran oleh para guru kepada murid.
Sebagai contoh, apabila guru sedang mengajar mata pelajaran Sejarah, jika ada perkara-perkara dalam topik yang diajar itu kepada murid mempunyai kaitan dengan 14 elemen, perkara tersebut boleh diperjelaskan kepada murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan