Tarikh : 27 Mei 2022 (Jumaat)
Masa : 12.00 tengahari hingga 12.30 tengahari
Sasaran : Pengetua, Pentadbir, Guru dan semua murid
Tempat : Sekitar kawasan sekolah
Penyelaras : En. Muhd Faisal bin Hassan (GBK)
Mukaddimah
Alhamdulillah, perjumpaan bagi mentor-mentee / Usrah bilangan kedua sesi 2022/2023 berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah dirancang. Kerjasama guru dan murid dalam konteks Amalan Guru Penyayang peringkat sekolah bagi memastikan sikap kepedulian guru terhadap murid dititik beratkan.
Matlamat & Objektif :
1) Melahirkan pelajar yang mampu menguruskan isu-isu psikologi dengan bijak dan berkesan serta bertanggungjawab terhadap akademik, berdisiplin dan mempunyai keperibadian yang baik.
2) Memudahkan pemantauan perkembangan akademik para pelajar (mentee) dibuat bagi mencapai sasaran yang diinginkan.
3) Membantu dan membimbing para pelajar (mentee) mengesan potensi diri dan meningkatkan kemahiran insaniah bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik dan pembangunan sahsiah.
4) Mewujudkan hubungan silaturahim antara pelajar (mentee) dengan mentor/murabbi (guru).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan