Isnin, 11 April 2022

MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA USTAZ FADZLAN SHAHIDI BIN GHAZALI KE SABK MAAHAD AL AZIZ

 Tarikh : 1 April 2022 (Jumaat)

Masa : 9.30pagi hingga 10.30pagi

Tempat : Bilik Gerak Sekolah

Mukaddimah

Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis, Ustaz Ahmad Murshidi dan ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Staf SAMAWAT serta ucapan terakhir oleh Mantan Tuan Pengetua Tuan Haji Fadzlan Shahidi bin Ghazali yang bakal berpindah ke SABK Maahad Al Aziz yang berkuatkuasa 21 Mac 2022 (Perak Tengah). 

Ekoran itu bagi mengisi kekosongan jawatan pengetua baharu di SABK Shamsul Maarif Al Wataniah, Ustaz Mohd Suhaimi bin Ismail daripada SABK Maahad Al Aziz terpaksa mengalas tugas disini. Semoga dengan kehadiran Ustaz Mohd Suhaimi memberi semangat dan motivasi baru kepada semua warga sekolah untuk meneruskan dasar dan misi sekolah.

Majlis akhir sekali disudahi dengan penyampaian cenderamata kenang kenangan oleh pihak sekolah kepada mantan tuan pengetua. Semoga Ustaz Fadzlan Shahidi maju jaya di sekolah baru.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan