Isnin, 1 November 2021

SESI PEMBUKAAN SEKOLAH (FASA 3) BAGI CALON PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2021

 Tarikh : 1 November 2021 (Isnin)

Masa : 6.45pagi

Mukaddimah

Alhamdulillah, sesi pembukaan sekolah bagi negeri diseluruh Malayisa yang sudah beralih ke fasa 3 telah bermula pada 1 November 2021 (isnin) dengan kehadiran calon peperiksaan awam dan antarabangsa iaitu melibatkan calon SPM, STPM, STAM, Sijil Vokasional (KV) dan Peperiksaan Setara Antarabangsa. 

Bagi sekolah asrama penuh, pada minggu pertama mereka masih lagi mengikuti PDPR online dan akan hadir pada 7 & 8 November 2021 selepas cuti perayaan depavali mengikut kumpulan negeri A dan B.

Manakala bagi sekolah yang mempunyai Asrama Harian, hanya calon yang tinggal diluar sahaja yang hadir terlebih dahulu pada minggu pertama. Begitu juga dengan sekolah menengah harian, hanya 50%  sahaja calon yang dibenarkan hadir ke sekolah dan sebahagiannya mengikuti PDPR secara online di rumah. Bagi minggu pertama, hanya hari isnin dan selasa sahaja sekolah beroprasi kerana rabu & khamis cuti sempena perayaan depavali dan Keputeraan Sultan Perak.

Pada minggu kedua, tiada lagi sistem penggiliran bagi calon peperiksaan sesi 2021 hadir ke sekolah sekiranya kelompok setiap sekolah sudah mencapai 90% menerima vaksinasi.

Bagi SMA SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah membuat perancangan awal bagi menyambut kehadiran calon SPM yang ditinggal diluar seramai 9 orang dengan pemberian cenderamata yang disempurankan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali kepada semua 9 orang calon yang hadir. Tahniah kepada semua calon yang hadir.

Pada jam 7.20pagi, sedikit sesi taklimat dan motivasi kepada calon SPM dan disudahi dengan Majlis Bacaan Yassin memohon semangat dan keredhaan Allah swt. Tepat jam 7.40pagi, kelas secara bersemuka diteruskan oleh Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad (Usul Al Din)




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan