Isnin, 22 November 2021

HARI PENDAFTARAN ASRAMA & UJIAN SARINGAN KENDIRI COVID FASA 4 SAMAWAT 2021

Tarikh : 22 November 2021 (Ahad)

Lokasi : Sekolah dan Asrama 

Masa : 9.00pagi hingga 10.30pagi (sidang 1/  Tingkatan 1&2) 

& 10.30pagi hingga 12.00 t.hari  (sidang 2/ Tingkatan 3&4)

✊ Lelaki (Bengkel KHB)

✊ Perempuan (Makmal Sains)


Mukaddimah

Alhamdulillah, perjalanan Hari Pendaftaran Asrama berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Kerjasama dan peranan yang dimainkan oleh barisan pentadbir, guru, AKP serta ibu bapa memastikan semua proses berjalan dengan lancar :

✊ Ujian Saringan Kendiri Covid

✊ Pembayaran Yuran Makan Asrama, PIBG dan LPS

✊ Melaporkan diri ke asrama seteleh ujian mengesahkan keputusan NEGATIF

Sebelum melakukan urusan pembayaran yuran dan melaporkan diri ke asrama, semua murid perlu hadir ke sekolah bagi menjalani ujian saringan kendiri covid dan alhamdulillah, semua murid yang menjalani ujian tersebut yang dikendalikan oleh cikgu Norbainah & Noraida (murid perempuan) dan cikgu Faisal dan Johari (Murid Lelaki) bebas daripada covid.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan