Jumaat, 17 Julai 2020

PROGRAM INOVASI : ARABIC WORD GAME

Arabic Word Game "Mudah Berkesan Menyeronokkan"

Membina Perkataan Arab dengan Mudah

Tarikh 14 Julai 2020 (Selasa)
Tempat : SMA Shamsul Maarif Al Wataniah (SAMAWAT)

Penasihat : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Pengetua SAMAWAT)
Penyelaras :

  • Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)
  • Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali (GK)
  • Ustaz Ahmad Murshidi bin Ramli (Penyelaras STAM)
Program Inovasi yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah usaha untuk membantu murid memahami bahasa arab dengan mudah melalui "Arabic Word Game". Usaha yang diinovasikan oleh PK Pentadbiran (Ustaz Azmi bin Othman) bersama dua lagi guru Bahasa Arab. Usaha ini dijalankan bagi menarik minat murid-murid mendekati Bahasa yang dianggap susah. 

Pada tahun lepas pihak sekolah telah memenangi pingat perak dalam kejohonan Inovasi Peringkat Daerah Kerian yang berlangsung di SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Maka hasil inovasi ini telah dikembangkan di SAMAWAT bagi menarik minat semua murid dari tingkatan satu hingga STAM. Moga usaha ini memberi kesan yang positif dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Arab kerana ia adalah bahasa wajib di sekolah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan