Isnin, 24 Februari 2020

PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020

Tarikh : 24 Februari 2020 (Isnin)
Masa : 7.20 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT

Disempurnakan oleh : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua SAMAWAT)

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, pelancaran bagi Program Ziarah Cakna peringkat sekolah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Program yang diilham oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program Ziarah Cakna ini adalah hasil dari keputusan mesyuarat ketua bahagian KPM bilangan 10/2018 iaitu pada 7 Disember 2018 yang mana Bahagian Pengurusan sekolah harian perlu menyelaraskan pelaksanaan program ziarah cakna ini secara meluas di semua sekolah di bawah KPM.

Program Ziarah Cakna yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM) mampu mewujudkan konsep sekolah penyayang dalam konteks sebenar dalam usaha menyelami masalah dihadapi pelajar dan ibu bapa secara menyeluruh. Program ziarah cakna ini adalah aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh pelajar.  Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat diharapkan guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan atau ibu bapa dan guru.

Ucapan Penyeleras Program




Ucapan Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)


Isnin, 17 Februari 2020

MAJLIS PERMUAFAKATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Program Jom ke Sekolah & Program Zoom Make "Up" Sahsiah

Tarikh : 17 Februari 2020 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT

Perasmi : Sarjan Mejar Ramlee bin Yamat (Timbalan Ketua Balai, Balai Polis Tanjung Piandang, merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah)
Tetamu Khas PPD : Ustaz Khairul Anuar bin Arshad

Mukaddimah
Alhamdulillah, perjalanan bagi perasmian Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Program Zoom Make "Up" Sahsiah berjalan lancar seperti yang dirancang. Pelancaran program yang dilancar serentak diperingkat Kementerian, Pejabat Negeri dan Daerah ini membuktikan kesungguhan pihak KPM dan PDRM dalam usaha mengawal permasalahan disiplin dan salahlaku murid di sekolah.
Semoga usaha ini mampu meletakkan agenda kemenjadian murid dilihat secara holistik dalam menjadikan sistem pendidikan negara disegani diperingkat dunia.

Antara objektif program ini adalah :

  • Program Jom keSekolah :
  1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap diantara pihak sekolah dengan pihak PPS.
  2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada didalam atau diluar sekolah.
  3. Meningkatkan peratusan kehadiran pelajar ke tahap 100%.
  4. Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal prestasi kehadiran pelajar
  5. Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar terutama sekali gejala suka ponteng.
  6. meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan Sahisah.
  • Program Zoom Make "Up" Sahsiah
  1. Memantau setiap tingkahlaku pelajar di sekolah dan asrama (dipantau oleh guru/warden)
  2. Membantu pelajar meningkatkan peningkatan perkembangan sahsiah ke arah yang lebih baik.
  3. Mendidik pelajar lebih berdaya saing dalam meningkatkan tahap disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  4. Supaya pelajar lebih fokus kepada matlamat hadir ke sekolah setiap hari.
  5. Menjadikan kefungsian unit kaunseling agar lebih cakna terhadap isu dan permasalah pelajar.
Sekilas Tentatif perjalan Program :
7.25pagi  : Ketibaan Tetamu
7.30pagi  : Alunan Asma Al Husna, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak
7.35pagi  : Bacaan Doa
7.38pagi  : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
7.40pagi  : Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran (Ustaz Azmi bin Othman)
7.45pagi  : Ucapan Perasmian oleh Sarjan Mejar Ramlee bin Yamat (PPS)
7.55pagi  : Gimik Pelancaran Majlis
8.00pagi  : Penyampaian Anugerah Kehadiran Tertinggi bulan Januari 2020.
8.00pagi  : Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi dan Tetamu Khas (PPD)
8.10pagi  : Ikrar Jom ke Sekolah oleh Ketua Pelajar.
8.15pagi  : Sesi bergambar
8.20pagi  : Jamuan Ringkas


Ucapan Perasmi (Sarjan Mejar Ramlee bin Yamat)

Ucapan Alu-aluan oleh PK Pentadbiran (Ustaz Azmi bin Othman)





Gimik Pelancaran Bersama PPS, PPD dan Pentadbir

Anugerah kehadiran tertinggi bulan Januari 2020

Penyampaian Cenderamata kepada Tuan PPD

Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi



Ikrar pelajar Jom ke Sekolah



Rabu, 12 Februari 2020

ZIARAH CAKNA BIL. 1 & 2 TAHUN 2020

Tarikh : 12 Februari 2020 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
Jumlah Rumah yang dilawati : 2 buah rumah
Jumlah Pentadbir/Guru yang melawat : Pengetua dan 3 orang guru.

Rumah yang dilawati :

  • Nur Adila binti Ali T4 (Kemalangan) . Lawatan diketuai oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi) bersama dengan guru kelas (Cikgu Siti Khatijah) dan kaunselor.
  • Mohd Syafi bin Johari (T5) & Mohd Sharil bin Johari (T3) (Ponteng). Lawatan diketuai oleh guru kelas T5 (Ustaz Mohd Suhaimi) bersama dengan Kaunselor
Mukaddimah
Alhamdulillah, ziarah cakna SAMAWAT bagi sesi persekolahan tahun 2020 diteruskan lagi dengan memberi fokus kepada semua aspek terutama melibatkan kurikulum (calon peperiksaan), musibah, faktor keluarga, masalah disiplin (HEM) dan sebagainya. Usaha dan saranan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JPN dan PPD bagi program ini menjadikan sikap kepedulian pihak sekolah terhadap pelajar dalam semua aspek diambil peduli. Semoga dengan usaha yang murni ini kemenjadian murid dalam semua aspek dapat ditingkatkan demi pembangunan dalam akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah diri murid

Laporan ringkas mengenai Ziarah Cakna :
  • Nur Adila binti Ali telah mengalami kemalangan dengan seekor babi hutan semasa perjalanan ke sekolah pada selasa (11 Feb 2020) pada jam 7.10 pagi. Mangsa yang membonceng motosikal berseorangan menghala ke rumah rakan sekelas untuk hadir bersama ke sekolah. Namun belum sempat tiba dirumah rakannya, tiba-tiba sekor babi hutan telah melanggar mangsa dan mangsa jatuh ke atas jalan raya dan menyebabkan bibir pecah (6 jahitan) dan luka dikaki dan badan. Alhamdulillah keadaan mangsa stabil dan hanya dirawat sebagai pesakit luar dihospital Parit Buntar. Keadaan motosikal mangsa mengalami kerosakan yang teruk. Melalui Program Ziarah Cakna, pihak sekolah melancarkan sumbangan iklhas daripada guru dan pelajar kepada keluarga magsa. Semoga dengan sedikit bantuan serta lawatan ziarah oleh Tuan Pengetua bersama dengan guru kelas dan kaunselor mampu memberikan Adila dan keluarga semangat untuk hadir ke sekolah dalam masa terdekat.
  • Mohd Syafi dan Sharil yang merupakan adik beradik daripada tingkatan 3 & 5 yang tinggal di Sungai Betul, Tanjung Piandang sering datang lewat dan ponteng sekolah. Atas keperihatinan pihak sekolah kerana calon bakal menduduki PT3 dan SPM bagi tahun ini. Maka Ziarah Cakna ke rumah mereka diketuai oleh guru kelas (Ustaz Mohd Suhaimi) dan Kaunselor diteruskan. Setiba dirumah mereka, kami disambut oleh ibu Syafi dan Sharil. Setelah perbincangan antara kami bersama ibu dan anak-anak mereka, In Sya Allah Syafi dan Sharil akan hadir ke sekolah pada setiap hari demi masa depan mereka. Sedikit sumbangan diberikan kepada keluarga tersebut daripada pihak sekolah.



Ziarah Cakna oleh Guru Kelas dan Kaunselor ke kediaman Mohd Syafi dan Mohd Sharil




Ziarah cakna oleh Tuan Pengetua, Guru Kelas & Kaunselor ke kediaman Nur Adila binti Ali

Selasa, 11 Februari 2020

KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN KALI KE-12 TAHUN 2020

Tarikh : 9 Februari 2020 (Ahad)
Masa : 7.30pagi hingga 1.00 petang
Tempat : SK Tanjung Piandang, Perak.
Tema : Pahlawan!!!

Dirasmikan oleh : Ustaz Fadzlan  Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua SAMAWAT)

Pengelola Kejohanan : Rumah Sukan Saidina Uthman diketuai oleh Pn. Fadziah binti Mat Zaini.

Mukaddimah
Alhamdulillah, Kejohanan Sukan dan Balapan disi ke-14 berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Bertemakan "Pahlawan" bagi edisi kali ini, setiap rumah sukan menunjukan kreativiti dan semangat masing-masing. Kerjasama, idea dan semangat daripada semua pihak khususnya guru-guru (AJK) dibantu oleh pelajar STAM menyusunaturkan perjalanan sukan tahun ini berjalan dengan lancar dan baik.

Laporan Kesihatan / Keselamatan :
Berjalan dengan baik melibatkan semua pelajar dan TIADA pelajar yang cedera.

Sekilas Perjalanan Kejohanan Sukan dan Balapan :

1 Februari 2020 (Sasbtu)  : Kejohanan SukanTara (7.30pagi - 11.00pagi)
                                          : Berlangsung di Padang Sekolah
5 Februari 2020 (Rabu)    : Final 1 bagi acara Padang (P) dan Balapan (L)
                                          : Acara Lelaki berlangsung di padang sekolah dan Perempuan di SKTP
9 Februari 2020 (Ahad)    : Final Akhir bagi acara Padang (P) dan Balapan (L)



Pasukan yang bertanding :

  1. Rumah Saidina Abu Bakar (Merah)
  2. Rumah Saidina Uthman (Kuning)
  3. Rumah Saidina Ali (Biru)
  4. Rumah Saidina  Umar (Hijau)
Analisis Keputusan Kejohanan Sukan dan Balapan kali ke-14/2020 :
  • Juara Keseluruhan       : Saidina Abu Bakar (Merah)
  • Johan Perbarisan         : Saidina Abu bakar (Merah)
  • Johan Merentas Desa  : Saidina Uthman (Kuning)
Olahragawan & Olahragawati edisi ke-14/2020 :
  • Mohamad Amirul bin Hamidon B14 (Saidina Ali/ Biru)
  • Ili Farha B14 (Saidina Umar /Hijau)












Isnin, 3 Februari 2020

PELANCARAN PROGRAM SUMUR, AYUHAL WALAD-MULHAQ DAN AMALAN GURU PENYAYANG TAHUN 2020

SUMUR - AYUHAL WALAD/MULHAQ -AMALAN GURU PENYAYANG

Tarikh : 3 Februari 2020 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT

Disempurnakan oleh : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua SAMAWAT)

Mukaddimah
Alhamdulillah, segala perjalanan bagi pelancaran Program 3 in 1 iaitu SUMUR, Ayuhal Walad-Mulhaq dan Amalan Guru Penyayang (AGP) bagi sesi persekolahan berjalan dengan lancar dan teratur. Sekilas tentatif perjalanan pelancaran program tersebut :
  • 7.20 pagi   : Semua Murid dan Guru berkumpul di dewan sekolah
  • 7.25 pagi   : Ucapan Aluan oleh Pengacara Majlis, 
  •                   : Alunan Asma Al Husan, Nyayian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak.
  • 7.30 pagi   : Ucapan Penyelaras Program (Ustaz Mohd Suhaimi)
  • 7.35 pagi   : Ucapan Penyempurnaan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi)
                            : Gimik Pelancaran oleh Tuan Pengetua
                            : Penyerahan Watikah kepada Penyelaras-penyelaras Program
  • 8.00 pagi   : Penutup/ bersurai
Semoga dengan pelancaran ini akan menjadikan semua warga SAMAWAT khususnya murid-murid memperolehi menfaat yang berguna dalam usaha membentuk sahsiah dan jati diri agar lebih baik dengan pendekatan, aktiviti, penghargaan dan sebagainya. Kerjasama daripada semua pihak khususnya guru-guru akan menjadikan program ini berjaya.












KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) PERINGKAT DAERAH KERIAN TAHUN 2020

"KURSUS TAHAP MUDA"
-Bantu Diri untuk Bantu Orang Lain-

Tarikh : 2 Februari 2020 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Ustaz Fathan, SABK Al-Hidayah

Dikendalikan oleh : Muhammad Hasnan bin Mohd Salim (Pengurus Mind Global Consultant)

Anjuran bersama : SABK-SABK Daerah Kerian
Jumlah Keseluruhan Peserta : 87 orang.

Jumlah Ahli PRS SAMAWAT : 13 orang

Tentatif Program : 


MASA
PERKARA
7.30  – 8.30
Kedatangan Pelajar/Pendaftaran/sarapan
8.30 -12.30
Slot 1 Kursus Kepimpinan PRS Tahun 2020
12.30 – 2.00 
Makan Tengahari/ Solat Zohor Berjemaah
2.00 – 5.00
Slot 2 Kursus Kepimpinan PRS Tahun 2020
5.00 – 6.00
Minum Petang/ Bersurai

Perbelanjaan bagi sekolah ditanggung oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebanyak RM 150.00 bagi bayaran penceramah. Diharapkan semua peserta yang mengikuti krusus ini memperolehi pengetahuan dan ilmu yang berguna untuk bantu diri sendiri bagi membantu orang lain.