Masa : 12.05 t/hari hingga 12.35 t/hari
Sasaran : Semua Mentor (Guru), Naqib (Ketua Mentee), Mentee (Murid)
MUKADDIMAH
Alhamdulillah, pada hari ini diberikan kesempatan untuk menjalankan perjumpaan mentor-mentee/ usrah bilangan enam pada tahun ini. Usaha ini dilakukan agar mentor (guru) dapat mempersiapkan diri para mentee (murid) untuk diberikan teguran, bertanya khabar dan sebagainya agar segala keperluan diri mentee (murid) dapat didengari, dibantu dan dipenuhi.
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak iaitu guru dan murid sentiasa menjadikan perjumpaan ini memberi kesan yang diinginkan agar objektif utama program ini dilancarkan diseluruh sekolah di Malaysia tercapai.
IMPAK
- Berjaya membudayakan nilai-nilai murni seperti tolong menolong, hormat-menghormati antara satu sama lain.
- Berusaha menjadikan sikap kepedulian guru kepada murid menjadi agenda utama dalam program ini.
- Menjadikan perkongsian ilmu dan pengetuahuan yang berguna kepada semua yang terlibat.
- Merapatkan nilai-nilai dan semangat toleransi dan bersedia memberi dan menerima pendapat dalam kalangan ahli.
- Membentuk sahsiah dan jati diri dalam kalangan ahli agar lebih bersedia berhadapan dengan cabaran yang mendatang.
Rajah 1& 2 : Suasana perjumpaan kali ke-6 tahun 2018 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan