Selasa, 7 November 2017

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SAMAWAT 2017

Tarikh  : 27 - 29 Oktober 2017 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa    : 3.00 petang (Jumaat)  hingga 4.30 petang (Ahad)
Tempat  : Teratak Afrina Chalet, Batu Kurau, Perak

1.0 PENDAHALUAN
Program ini adalah rentetan daripada Kem Gemilang SAMAWAT pada tahun 2016 dan Post Moterm dan Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM 2017 bersama-sama ibu bapa dan guru yang telah diadakan pada 21 September 2017 (Khamis). Cuma pada kali ini, slotnya diseluruhkan kepada keseluruhan sembilan mata pelajaran yang diambil oleh calon SPM 2017.

          Sebenarnya, kesedaran untuk mengadakan program ini adalah lahir daripada Post Mortem dan Dialog Prestasi bagi Percubaan SPM 2017 dan keinginan ibu bapa bagi pelajar khususnya Tingkatan 5 untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan daya saing mereka dalam menghadapi Peperiksaan SPM sebenar nanti.  Dengan perkataan lain para pelajar akan dilengkapkan dengan ilmu, teknik dan kemahiran serta pengetahuan yang mencukupi agar mereka dapat mengharungi cabaran peperiksaan yang bakal mendatang. 

2.0 MATLAMAT
Program ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah Ceramah Teknik Menjawab dan Bengkel Peperiksaan, Latih tubi dan Pecutan, Aplikasi Guru Muda dan Pembentangan Tugasan. Sesi soal jawab dan penilaian semasa juga akan diadakan sepanjang program. Bagi memudahkan perjalanan program, para peserta akan akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang aktivitinya akan berjalan secara serentak. Inovasi yang dibuat sebelum ini iaitu Sembang-Sembang Sebelum Lelap akan dikekalkan dan diberi nafas baru secara akademik. Semua slot ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak urusetia dan guru-guru yang dilantik daripada sekolah sendiri.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif kem ini adalah;
3.1  Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan pelajar kepada semua sembilan mata pelajaran yang diambil
3.2   Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan pengurusan masa yang cekap.
3.3  Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format.
3.4  Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa.
3.5    Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan SPM bagi 2017.
3.6   Memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa ( pengurusan masa yang cekap ) untuk belajar lebih-lebih lagi dalam saat-saat yang akhir ini.
3.7   Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM bagi tahun 2017
3.8    Memberi ruang dan ketenangan belajar dalam persekitaran yang berbeza.

4.0 SASARAN
Semua pelajar tingkatan lima tahun tahun 2017 seramai 27 orang dan 6 orang pelajar tingkatan empat yang terpilih.

5.0 AKTIVITI / TENTATIF
Jumaat (27 Oktober 2017)

Tindakan
Masa
Perkara
3.00pm
: Pelajar berkumpul dan bertolak dari sekolah
Pihak sekolah

4.30pm – 6.00pm
: Pelajar Tiba di Kem Teratak Arfina Resort
: Taklimat ringkas oleh Penyelaras Program
Penyelaras
: Pelajar bergerak ke Dorm masing-masing
: Sesi Ice Breaking
Kaunselor
6.30pm – 7.00pm
: Makan

Us.Hatta

7.00pm -8.30pm
: Solat Maghrib, Kuliah Maghrib & Isyak  
  Berjemaah

8.30pm – 10.30pm
: Slot Pertama (Bahasa Melayu)
Pn. Shahidawati
10.30pm – 11.00pm
: Bacaan Al-Mulk & tidur
Penyelaras

Sabtu (28 Oktober 2017)

Tindakan
Masa
Perkara
5.00am – 6.15am
: Qiamullai, Solat Subuh
Us. Muhamad
6.15am – 8.00am
: Slot Kedua (Sains)
Cik Noraida
8.15am – 8.30am
: Minum pagi

8.30am – 10.30am
: Slot Ketiga (PSI)
Pn. Saudah
10.30am – 10.45am
: Minum Pagi

10.45am – 12.45t/h
: Slot Keempat (Matematik)
Pn. Siti Khatijah
12.45t/h – 2.30pm
: Makan Tengahari

: Solat Zohor/ Asar Berjemaah

2.30pm – 4.30 pm
: Slot Kelima (Perdagangan)
Pn. Norzakiah
4.30pm – 5.30pm
5.30pm – 6.30pm
 

6.30pm – 8.45pm
: Minum Petang dan
Ketua Pelajar

: Riadah Santai
: Makan Malam
: Solat Maghrib /Kuliah Maghrib & Isyak
8.45pm – 10.45pm
: Slot Keenam (Sejarah)
En. Johari
10.45pm – 11.45pm
: Bacaan Al-Mulk
Semua Guru dan murid
: Rehat di Dorm masing-masing / tidur


Ahad (29 Oktober 2017)

Tindakan
Masa
Perkara
5.00am – 6.15am
: Qiamullai, Solat Subuh & Kuliah Subuh

Us. Azmi
6.15am – 8.00am
: Slot Ketujuh (Bahasa Arab)
8.00am – 8.15am
: Minum Pagi

8.30am - 10.30am
: Slot Kelapan (Bahasa Inggeris)
Cik Nazatulshida
10.30am – 10.15am
: Minum Pagi

10.45am – 12.45t/h
: Slot Kesembilan (PQS)
Pn. Fadziah
12.45t/h – 1.00pm
: Taklimat akhir Program & Majlis Penutup
Ketua Pelajar

1.00pm – 2.30pm
: Makan Tengahari
: Solat Zohor/ Asar Berjemaah

Penyelaras
: Pelajar bergerak balik ke sekolah
4.30pm
: Tiba di sekolah

6.0 PENUTUP/ HARAPAN
Saya berharap  kem kecemerlangan seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kesungguhan pelajar untuk berjaya bukan sahaja dalam peperiksaan malah juga dalam aspek kehidupan yang lain. Disamping dapat menimba  ilmu, mereka juga memperoleh pengalaman baru yang saya kira sangat menguntungkan. Kepada semua pelajar calon SPM bagi tahun 2017, saya cadangkan supaya mengambil peluang keemasan ini demi masa hadapan anda. Kami hanya berupaya membantu sedaya yang boleh…Insya Allah anda berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan