Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Hem adalah program tahunan
disekolah ini. Ianya bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang aktif
dalam bidang kokurikulum selain dapat meningkatkan akademik dan disiplin pelajar.
Membimbing pelajar dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni,kependidikan dan
kemasyarakatan. Membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia
selaras dengan perkembangan JERI yang
seimbang.
Objektif Majlis Hari
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan
berminat dalam aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah
mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah
- Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang
melibatkan diri secara aktif dalam bidang HEM,kokurikulum dan sukan.
- Memberi pengiktirafan terhadap kepimpinan yang
ditunjukkan oleh pelajar di dalam aktivit-aktiviti HEM,kokurikulum dan sukan.
- Melahirkan tokoh pelajar cemerlang dalam
bidang kokurikulum sebagai role model kepada pelajar lain untuk lebih maju
dalam bidang HEM dan kokurikulum.
Tarikh : 17 November (Jumaat)
Masa :
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan