Khamis, 28 September 2017

TEKNIK MENJAWAB SEJARAH KERTAS 1 SPM 2017

Tarikh : 27 September 2017 (Selasa)
Masa : 3.00petang hingga 5.00petang
Tempat : Kelas Tingkatan Lima
Penceramah : En. Azmil bin Shariffud-din (Guru Sejarah SMK Kuala Kurau)

Pendahluluan

              Sejarah adalah masa pelajaran WAJIB lulus bagi semua pelajar tingkatan lima yang berdaftar di sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penguasan dan latihan amat penting kepada semua murid tingkatan lima dalam membantu kecemerlangan mereka dalam menguasai subjek Sejarah bagi menghadapi peperikasaan yang bakal tiba nanti.

           Diharapkan sokongan dan kerjasama ini dapat membantu meningkatkan prestasi LULUS 100% mata pelajaran  Sejarah kertas satu dan dua dalam menghadapai peperiksaan SPM sebenar bagi tahun ini. Semoga usaha ini akan meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid terhadap mata pelajaran sejarah seterusnya meningkatkan kualiti pencapaian mereka sebagai individu sekaligus melonjakan nama sekolah ke puncak kecemerlangan. 

Objektif program ini adalah seperti berikut :

  • Memberi peluang kepada murid lebih menguasai kemahiran menjawab menjawab soalan peperiksaan Sejarah SPM.
  • Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran menjawab soalan  Sejarah bagi SPM 2017
  • Membantu dalam pencapaian LULUS 100% dalam Sejarah.
  • Membentuk gaya belajar secara berkesan terhadap teknik-teknik yang perlu digunakan oleh setiap orang murid.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan