Selasa, 26 September 2017

MAJLIS POST MOTERM & DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

Tarikh : 21 September 2017 (Khamis)
Masa : 3.00petang hingga 5.00petang
Tempat : Dewan SAMAWAT

Pendahuluan

         Majlis ini yang dianjurkan oleh pihak sekolah bersama guru-guru tingkatan lima dan semua para ibu bapa dan calon SPM bagi tahun 2017. Majlis ini diadakan adalah bagi Post Moterm dan Dialog Prestasi bagi peperiksaan percubaan SPM tahun 2017. Majlis juga berfokus kepada pemberitahuan maklumat sebenar dan penambaikan keputusan percubaan SPM bagi tahun 2017.

          Majlis ini juga menyaksikan semua guru-guru yang mengajar tingkatan lima tampil membentangkan postmoterm bagi mata pelajaran masing kepada ibu bapa/waris.


Ucapan dan Pembentangan oleh Tuan Pengetua Ustaz Muhamad bin Abdullah

Tetamu yang diraikan (Ibu Bapa/Waris & calon SPM 2017)

Slot akhir "Sentuhan Jiwa" oleh Kaunselor

Pembentangan dan ucapan oleh PK Pentadbiran Ustaz Azmi Othman

Diharapkan majlis Postmoterm dan Dialog Prestasi bagi peperiksaan percubaan SPM bagi tahun 2017 memberikan langkah dan kesan yang baik kepada semua pihak yang terlibat. Kehadiran dan penerimaan yang baik dari pihak sekolah, ibubapa & calon SPM 2017 mampu memberikan kejasama yang baik dalam memastikan objektif yang diinginkan bagi mencapai GPS yang diinginkan tercapai.


Edited by : Unit B&K

Tiada ulasan:

Catat Ulasan