Khamis, 28 September 2017

TEKNIK MENJAWAB SEJARAH KERTAS 1 SPM 2017

Tarikh : 27 September 2017 (Selasa)
Masa : 3.00petang hingga 5.00petang
Tempat : Kelas Tingkatan Lima
Penceramah : En. Azmil bin Shariffud-din (Guru Sejarah SMK Kuala Kurau)

Pendahluluan

              Sejarah adalah masa pelajaran WAJIB lulus bagi semua pelajar tingkatan lima yang berdaftar di sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penguasan dan latihan amat penting kepada semua murid tingkatan lima dalam membantu kecemerlangan mereka dalam menguasai subjek Sejarah bagi menghadapi peperikasaan yang bakal tiba nanti.

           Diharapkan sokongan dan kerjasama ini dapat membantu meningkatkan prestasi LULUS 100% mata pelajaran  Sejarah kertas satu dan dua dalam menghadapai peperiksaan SPM sebenar bagi tahun ini. Semoga usaha ini akan meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid terhadap mata pelajaran sejarah seterusnya meningkatkan kualiti pencapaian mereka sebagai individu sekaligus melonjakan nama sekolah ke puncak kecemerlangan. 

Objektif program ini adalah seperti berikut :

  • Memberi peluang kepada murid lebih menguasai kemahiran menjawab menjawab soalan peperiksaan Sejarah SPM.
  • Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran menjawab soalan  Sejarah bagi SPM 2017
  • Membantu dalam pencapaian LULUS 100% dalam Sejarah.
  • Membentuk gaya belajar secara berkesan terhadap teknik-teknik yang perlu digunakan oleh setiap orang murid.


Selasa, 26 September 2017

MAJLIS POST MOTERM & DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017

Tarikh : 21 September 2017 (Khamis)
Masa : 3.00petang hingga 5.00petang
Tempat : Dewan SAMAWAT

Pendahuluan

         Majlis ini yang dianjurkan oleh pihak sekolah bersama guru-guru tingkatan lima dan semua para ibu bapa dan calon SPM bagi tahun 2017. Majlis ini diadakan adalah bagi Post Moterm dan Dialog Prestasi bagi peperiksaan percubaan SPM tahun 2017. Majlis juga berfokus kepada pemberitahuan maklumat sebenar dan penambaikan keputusan percubaan SPM bagi tahun 2017.

          Majlis ini juga menyaksikan semua guru-guru yang mengajar tingkatan lima tampil membentangkan postmoterm bagi mata pelajaran masing kepada ibu bapa/waris.


Ucapan dan Pembentangan oleh Tuan Pengetua Ustaz Muhamad bin Abdullah

Tetamu yang diraikan (Ibu Bapa/Waris & calon SPM 2017)

Slot akhir "Sentuhan Jiwa" oleh Kaunselor

Pembentangan dan ucapan oleh PK Pentadbiran Ustaz Azmi Othman

Diharapkan majlis Postmoterm dan Dialog Prestasi bagi peperiksaan percubaan SPM bagi tahun 2017 memberikan langkah dan kesan yang baik kepada semua pihak yang terlibat. Kehadiran dan penerimaan yang baik dari pihak sekolah, ibubapa & calon SPM 2017 mampu memberikan kejasama yang baik dalam memastikan objektif yang diinginkan bagi mencapai GPS yang diinginkan tercapai.


Edited by : Unit B&K

Selasa, 19 September 2017

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2017

Tarikh : 18 September 2017
Masa : 7.20 - 8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan Sekolah

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah merupakan aktiviti tahunan yang melibatkan semua warga SAMAWA.T. Matlamat program ini adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan para guru sekaligus mengingatkan tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara.

Program ini telah berlangsung selama sebulan iaitu bermula 15 Ogos 2017 hingga 16 September 2017. Pelbagai aktiviti telah di jalankankan dan tema aktiviti kemerdekaan pada tahun ini adalah :     " Manifestasi Warisan Bangsa "


Pertandingan membina jalur gemilang menggunakan bahan kitar semula


Pertandingan melukis poster tema kemerdekaan



Pertandingan Futsal Merdeka


Pertandingan Bola Beracun Merdeka


Majlis penutup dan penyerahan hadiah kepada para pemenang


Para guru dan pelajar menyanyikan lagi 1 Malaysia



Tuan Pengetua menyampaikan hadiah kepada para pemenang






Selasa, 12 September 2017

POROGRAM BUDI CERAMAH MOTIVASI "TEKNIK BELAJAR BERKESAN"

Tarikh : 11 September 2017
Hari : Isnin
Masa : 9.00 mlm - 11.00 mlm
Tempat : Dewan SAMAWAT
Penceramah : En. Mohamad Safawi bin Saad

Pengenalan

Melalui program BUDI ini Program Ceramah Tenik Belajar Berkesan, berupaya memberi pendedahan dan perkongsian yang optimum kepada murid asrama khususnya. Program ini berusaha memastikan peningkatan pembentukan sahsiah, jati diri, potensi diri, disiplin, kepimpinan dan halatuju hidup murid-murid berterusan sepanjang tahun selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang kesepuluh iaitu memaksimakan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Kerjasama para guru diharapkan agar perancangan dan perlaksanaan yang dilakukan oleh pihak sekolah mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan.

Penyampaian Cenderahati kepada penceramah




Edited by : Unit B&K

Isnin, 4 September 2017

PROGRAM IBADAH KORBAN PERINGKAT SEKOLAH 2017

Tarikh : 13 Zulhijjah 1438H/ 4 September 2017
Masa : 8.00 pg-2.00 ptg
Tempat : Dataran Sekolah

Alhamdulillah,segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kemudahan dalam melaksanakan Program Ibadah Korban peringkat sekolah pada tahun ini.

Pelaksanaan ibadah korban tersebut mengambil tema "Pengorbanan Meraih Taqwa".

Lembu disembelih oleh Ust.Muhamad,Pengetua SAMAWAT

Libat sama warga Tanjung Piandang

Guru-guru dan masyarakat bekerjasama melapah daging lembu korban


Turut sama dihadiri Tn. Hj Bahrudin Bin Sulaiman,Penyelia Pendidikan Islam,PPD Kerian

Kerja-kerja memasak giat dijalankan dalam kalangan guru SAMAWAT



Jamuan Korban turut dimeriahkan oleh jemaah Masjid Jamek Tanjung Piandang