Rabu, 3 Mei 2017

PROGRAM ANGKAT SMA SHAMSUL MAARIF AL-WATANIAH (SAMAWAT) BERSAMA MAHASISWA (DPP PETRONAS UUM)

Tarikh : 21 hingga 23 April 2017 (Jumaat - Ahad)
Sasaran : Semua murid tingkatan lima dan 10 orang murid tingkatan 4
Tempat : DDP Inasis Petronas, UUM Sintok Kedah


PENGENALAN

Jati diri ialah sifat keperibadian atau ciri yang unik,utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras serta lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Sahsiah dan Jati diri ini perlu ditekankan kepada generasi pada hari ini kerana menerusi arus globalisasi yang serba moden ini, mereka lebih cenderung bergelumbang dengan masalah gejala sosial yang kian hari kian berleluasa. Oleh itu pembinaan Sahsiah dan Jati Diri terhadap golongan ini seperti latihan berdikari, keyakinan diri, semangat kerjasama, ketetapan pendirian dan kesabaran serta ketabahan pada seseorang invididu yang bernama remaja perlu dilakukan.

OBJEKTIK

  • Peserta program akan didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan menggunakan bakat   kreatif dalam menjalani proses kehidupan (thinking out of box)
  • Memberi kesedaran kepentingan sahsiah diri dalam mengharungi hidup.
  • Peserta dibentuk ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan tanggungjawab.
  • Pendedahan kehidupan kampus bersama Mahasiswa UUM.



Taklimat akhir kepada murid sebelum bergerak ke UUM





Sekitar majlis perpisahan


            
Edited By : Penyelaras Program.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan