Tarikh : 27 - 29 Oktober 2017 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa :
3.00 petang (Jumaat) hingga 4.30 petang
(Ahad)
Tempat :
Teratak Afrina Chalet, Batu Kurau, Perak
1.0 PENDAHALUAN
Program ini adalah rentetan daripada Kem Gemilang
SAMAWAT pada tahun 2016 dan Post Moterm dan Dialog Prestasi Peperiksaan
Percubaan SPM 2017 bersama-sama ibu bapa dan guru yang telah diadakan pada 21
September 2017 (Khamis). Cuma pada kali ini, slotnya diseluruhkan kepada keseluruhan sembilan mata pelajaran yang diambil oleh calon SPM 2017.
Sebenarnya, kesedaran untuk mengadakan program ini adalah lahir daripada
Post Mortem dan Dialog Prestasi bagi Percubaan SPM 2017 dan keinginan ibu bapa
bagi pelajar khususnya Tingkatan 5 untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan
dan daya saing mereka dalam menghadapi Peperiksaan SPM sebenar nanti. Dengan perkataan lain para pelajar akan
dilengkapkan dengan ilmu, teknik dan kemahiran serta pengetahuan yang mencukupi
agar mereka dapat mengharungi cabaran peperiksaan yang bakal mendatang.
2.0 MATLAMAT
Program ini akan diisi dengan pelbagai
aktiviti. Antaranya ialah Ceramah Teknik Menjawab dan Bengkel Peperiksaan,
Latih tubi dan Pecutan, Aplikasi Guru Muda dan Pembentangan Tugasan. Sesi soal
jawab dan penilaian semasa juga akan diadakan sepanjang program. Bagi
memudahkan perjalanan program, para peserta akan akan dibahagikan kepada dua
kumpulan yang aktivitinya akan berjalan secara serentak. Inovasi yang dibuat
sebelum ini iaitu Sembang-Sembang Sebelum Lelap akan dikekalkan dan diberi
nafas baru secara akademik. Semua slot ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh
pihak urusetia dan guru-guru yang dilantik daripada sekolah sendiri.
3.0 OBJEKTIF
Antara objektif kem ini adalah;
3.1 Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan pelajar
kepada semua sembilan mata pelajaran yang diambil
3.2 Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan
pengurusan masa yang cekap.
3.3 Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan
peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format.
3.4 Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa
bersemangat dan bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa.
3.5 Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan
SPM bagi 2017.
3.6 Memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa (
pengurusan masa yang cekap ) untuk belajar lebih-lebih lagi dalam saat-saat
yang akhir ini.
3.7 Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi
peperiksaan SPM bagi tahun 2017
3.8 Memberi ruang dan ketenangan belajar dalam persekitaran yang
berbeza.
4.0 SASARAN
Semua pelajar tingkatan lima tahun tahun 2017
seramai 27 orang dan 6 orang pelajar tingkatan empat yang terpilih.
5.0 AKTIVITI / TENTATIF
Jumaat (27 Oktober 2017)
|
Tindakan
|
Masa
|
Perkara
|
3.00pm
|
: Pelajar berkumpul dan bertolak dari sekolah
|
Pihak sekolah
|
4.30pm – 6.00pm
|
: Pelajar Tiba di Kem Teratak Arfina Resort
|
: Taklimat ringkas oleh Penyelaras Program
|
Penyelaras
|
: Pelajar bergerak ke Dorm masing-masing
|
: Sesi Ice Breaking
|
Kaunselor
|
6.30pm – 7.00pm
|
: Makan
|
Us.Hatta
|
7.00pm -8.30pm
|
: Solat Maghrib, Kuliah Maghrib &
Isyak
Berjemaah
|
8.30pm – 10.30pm
|
: Slot Pertama (Bahasa Melayu)
|
Pn. Shahidawati
|
10.30pm – 11.00pm
|
: Bacaan Al-Mulk & tidur
|
Penyelaras
|
Sabtu (28 Oktober 2017)
|
Tindakan
|
Masa
|
Perkara
|
5.00am – 6.15am
|
:
Qiamullai, Solat Subuh
|
Us. Muhamad
|
6.15am – 8.00am
|
: Slot Kedua (Sains)
|
Cik Noraida
|
8.15am – 8.30am
|
: Minum pagi
|
|
8.30am – 10.30am
|
: Slot Ketiga (PSI)
|
Pn. Saudah
|
10.30am – 10.45am
|
: Minum Pagi
|
|
10.45am – 12.45t/h
|
: Slot Keempat (Matematik)
|
Pn. Siti Khatijah
|
12.45t/h – 2.30pm
|
: Makan Tengahari
|
|
: Solat Zohor/ Asar Berjemaah
|
|
2.30pm – 4.30 pm
|
: Slot Kelima (Perdagangan)
|
Pn. Norzakiah
|
4.30pm – 5.30pm
5.30pm – 6.30pm
6.30pm – 8.45pm
|
: Minum Petang dan
|
Ketua Pelajar
|
: Riadah Santai
|
: Makan Malam
|
: Solat Maghrib /Kuliah Maghrib & Isyak
|
8.45pm – 10.45pm
|
: Slot Keenam (Sejarah)
|
En. Johari
|
10.45pm – 11.45pm
|
: Bacaan Al-Mulk
|
Semua Guru dan murid
|
: Rehat di Dorm masing-masing / tidur
|
Ahad (29 Oktober 2017)
|
Tindakan
|
Masa
|
Perkara
|
5.00am – 6.15am
|
: Qiamullai,
Solat Subuh & Kuliah Subuh
|
Us. Azmi
|
6.15am – 8.00am
|
: Slot Ketujuh (Bahasa Arab)
|
8.00am – 8.15am
|
: Minum Pagi
|
|
8.30am - 10.30am
|
: Slot Kelapan (Bahasa
Inggeris)
|
Cik Nazatulshida
|
10.30am – 10.15am
|
: Minum Pagi
|
|
10.45am – 12.45t/h
|
: Slot Kesembilan (PQS)
|
Pn. Fadziah
|
12.45t/h – 1.00pm
|
: Taklimat akhir Program & Majlis Penutup
|
Ketua Pelajar
|
1.00pm – 2.30pm
|
: Makan Tengahari
|
: Solat Zohor/ Asar Berjemaah
|
Penyelaras
|
: Pelajar bergerak balik ke sekolah
|
4.30pm
|
: Tiba di sekolah
|
6.0 PENUTUP/ HARAPAN
Saya berharap
kem kecemerlangan seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kesungguhan
pelajar untuk berjaya bukan sahaja dalam peperiksaan malah juga dalam aspek
kehidupan yang lain. Disamping dapat menimba
ilmu, mereka juga memperoleh pengalaman baru yang saya kira sangat
menguntungkan. Kepada semua pelajar calon SPM bagi tahun 2017, saya cadangkan
supaya mengambil peluang keemasan ini demi masa hadapan anda. Kami hanya
berupaya membantu sedaya yang boleh…Insya Allah anda berjaya.