Isnin, 19 September 2016

"Ahlan Wa Sahlan - A Warm Welcome"

SAMAWAT (19 SEPTEMBER)


Pada hari ini, warga sekolah SAMAWAT berbesar hati dengan kehadiran pengetua baru iaitu Ust Muhammad bin Abdullah (mantan PK1 Maahad Khair Lil Banat dari daerah LMS). Beliau menggantikan mantan Pengetua SAMAWAT iaitu Ust Nor Azam b Abdullah yang kini bertugas di SMKA Kerian.

Perhimpunan mingguan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan juruacara majlis, bacaan doa, nyanyian  Asmaul Husna,lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, dan Perak Excellent. Kemudian diikuti laporan oleh guru bertugas iaitu ust Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali, ucapan PK 1, Ust Azmi b Othman, dan Kalimah Zahabiah daripada yang berbahagia Pengetua SAMAWAT yang baru.

Di dalam ucapan beliau, Tuan Pengetua telah menyatakan hasrat beliau untuk terus memberikan tumpuan utama di dalam bidang Kurikulum terutamanya kepada kelas peperiksaan SPM, PT3 dan Thanawi. Tegasnya, semua SABK di Perak telah menunjukkan peningkatan dan signifikan, termasuk SAMAWAT berdasarkan kepada GPS sekolah tahun lepas dan dua tahun sebelumnya. Maka menjadi tanggungjawab semua warga sekolah, guru dan pelajar untuk memastikan SAMAWAT terus mencapai kejayaan yang membanggakan dalam peperiksaan SPM, PT3 dan Thanawi pada tahun ini. dan menterjemahkan slogan SAMAWAT , Rajin dan Sopan dalam kehidupan pelajar-pelajar sepanjang berada di SAMAWAT.


disedikan oleh
Ust Hatta b Rahim
Guru Bertugas Mingguan 
(19-23/9/2016)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan