Jumaat, 26 Ogos 2016

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SYAHADAH THANAWIAH 2016





PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SYAHADAH THANAWI 2016

Program ini telah diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh   : 12 hingga 14 Ogos 2016
Masa    :  3.00 hingga 5.00 petang (12 Ogos 2016)
                9.00 pagi hingga 4.30 petang (13 Ogos 2016)
                8.00 pagi hingga 4.00 petang (14 Ogos 2016)
Tempat : SABK Al-Falah, Parit Tok Ngah, Tg. Piandang Perak.

Pengenalan
             Bagi merealisasikan hasrat pihak sekolah (SAMAWAT) untuk mencapai gred purata sekolah (2.0) pada peperiksaan Syahadah Thanawi tahun ini, Panitia Azhariah sebenarnya telah merancang dari awal untuk mengadakan program kecemerlangan  akademik sebegini. Berbetulan pihak Panitia Azhariah SABK Al-Falah ingin mengadakan program yang sama maka Pihak Panitia Azhariah SAMAWAT telah dipelawa untuk menyertai bersama bagi mengoptimumkan kos perbelanjaan dan tenaga.

Penglibatan
             Semua pelajar Tingkatan Empat (calon peperiksaan Syahadah Thanawi) seramai tiga puluh orang diwajibkan menyertainya. Guru SAMAWAT yang terlibat menyelaras dan memantau perjalanan program ini ialah Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali dan Ustaz Mohamad Zahran bin Saad. Seramai tujuh orang penceramah yang telah diundang menyampaikan pengajaran merupakan penggubal dan penanda kertas peperiksaan Syahadah Thanawi ini mengikut kepakaran subjek masing-masing. Mereka adalah:

BIL
PENCERAMAH
MADAH
1
Us. Saufi bin Asyraf bin Mohd Isa
( SABK DINIAH KUALA KANGSAR )
Nahu/Sorf
2
Us. Abdul Halim bin Sulaiman
( SMA IMTIYAZ, IPOH )
Balaghah
3
Us. Mohd Rozali bin Darmawi
( MAAHAD AL-ISLAH, SG. LAMPAM )
Tafsir
4
Us. Azimi bin Mohamed
( SMA IMTIYAZ, IPOH )
Mutalaah/ Insya’
5
Us. Muhammad Rafik bin Maaruf
( SMAD BATANG PADANG )
Feqah
6
Us. Gema Hadi bin Syed Osman
( MAAHAD AL-UMMAH, IPOH )
Tauhid
7
Us. Mohd Naem bin Mat Basir
( SMAN TAA’YAH, IPOH )
Hadith


Maklum balas
              Program ini amat bermanfaat kerana pelajar dapat mempelajari teknik dan cara menjawab soalan peperiksaan Syahadah Thanawi dengan tepat. Di samping itu, penceramah juga memberi motivasi dan kaedah pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar yang lemah agar terus berusaha dan pelajar yang berpotensi terus cemerlang.
              Alhamdulillah dengan terlaksananya program ini, maklum balas yang diterima daripada para peserta amat positif dan mereka merasa yakin untuk berjaya.

Penutup
 Bagi pihak Panitia Azhariah dan guru-guru SAMAWAT berharap dan mendoakan  semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan Syahadah  Thanawi pada 24 hingga 27 Oktober nanti akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dan mencapai target yang dicita-citakan. Insha Allah..




Disediakan oleh: Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali

                                    Penyelaras Azhariah SAMAWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan