Pada 26 Julai 2016 jam 9.00 malam hingga 11.00malam program pembentukan Sahsiah dan Jati Diri terhadap kawalan disiplin
memerlukan kerajinan dan usaha yang gigih tetapi perlu diiringi dengan peningkatan
disiplin yang tinggi dalam diri untuk berubaha menjadi pelajar yang cemerlang
dari segi akademik,kokurikulum dan sahsiah diri. Ramuan elemen-elemen yang
digabungkan ini mampu melahirkan murid yang hebat bagi menghadapi
cabaran-cabaran global dalam pendidikan pada abad ke-21. Melalui pendekatan ini,
murid berupaya menggunakan potensi yang ada pada diri mereka untuk
diterjemahkan kepada pembentukan nilai sahsiah yang tinggi.
Maka dengan ini, ceramah peningkatan disiplin diri murid "keinginan dan harapan" telah diadakan dalam menyuntik semangat baharu kepada murid-murid di SAMAWAT.
Di akhir kursus ini murid dapat :
- Untuk melahirkan murid yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang tinggi.
- Bagi memperlihatkan potensi yang ada dalam diri setiap individu.
- Untuk melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai melalui anjakan ketiga bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
- Menjiwakan diri murid dengan konsep “ Keinginan dan Harapan” untuk berubah ke arah yang lebih baik
Edited By : Muhd Faisal Hj Hassan
(Guru Bimbingan & Kaunseling SAMAWAT)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan