Jumaat, 26 Ogos 2016

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SYAHADAH THANAWIAH 2016





PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SYAHADAH THANAWI 2016

Program ini telah diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh   : 12 hingga 14 Ogos 2016
Masa    :  3.00 hingga 5.00 petang (12 Ogos 2016)
                9.00 pagi hingga 4.30 petang (13 Ogos 2016)
                8.00 pagi hingga 4.00 petang (14 Ogos 2016)
Tempat : SABK Al-Falah, Parit Tok Ngah, Tg. Piandang Perak.

Pengenalan
             Bagi merealisasikan hasrat pihak sekolah (SAMAWAT) untuk mencapai gred purata sekolah (2.0) pada peperiksaan Syahadah Thanawi tahun ini, Panitia Azhariah sebenarnya telah merancang dari awal untuk mengadakan program kecemerlangan  akademik sebegini. Berbetulan pihak Panitia Azhariah SABK Al-Falah ingin mengadakan program yang sama maka Pihak Panitia Azhariah SAMAWAT telah dipelawa untuk menyertai bersama bagi mengoptimumkan kos perbelanjaan dan tenaga.

Penglibatan
             Semua pelajar Tingkatan Empat (calon peperiksaan Syahadah Thanawi) seramai tiga puluh orang diwajibkan menyertainya. Guru SAMAWAT yang terlibat menyelaras dan memantau perjalanan program ini ialah Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali dan Ustaz Mohamad Zahran bin Saad. Seramai tujuh orang penceramah yang telah diundang menyampaikan pengajaran merupakan penggubal dan penanda kertas peperiksaan Syahadah Thanawi ini mengikut kepakaran subjek masing-masing. Mereka adalah:

BIL
PENCERAMAH
MADAH
1
Us. Saufi bin Asyraf bin Mohd Isa
( SABK DINIAH KUALA KANGSAR )
Nahu/Sorf
2
Us. Abdul Halim bin Sulaiman
( SMA IMTIYAZ, IPOH )
Balaghah
3
Us. Mohd Rozali bin Darmawi
( MAAHAD AL-ISLAH, SG. LAMPAM )
Tafsir
4
Us. Azimi bin Mohamed
( SMA IMTIYAZ, IPOH )
Mutalaah/ Insya’
5
Us. Muhammad Rafik bin Maaruf
( SMAD BATANG PADANG )
Feqah
6
Us. Gema Hadi bin Syed Osman
( MAAHAD AL-UMMAH, IPOH )
Tauhid
7
Us. Mohd Naem bin Mat Basir
( SMAN TAA’YAH, IPOH )
Hadith


Maklum balas
              Program ini amat bermanfaat kerana pelajar dapat mempelajari teknik dan cara menjawab soalan peperiksaan Syahadah Thanawi dengan tepat. Di samping itu, penceramah juga memberi motivasi dan kaedah pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar yang lemah agar terus berusaha dan pelajar yang berpotensi terus cemerlang.
              Alhamdulillah dengan terlaksananya program ini, maklum balas yang diterima daripada para peserta amat positif dan mereka merasa yakin untuk berjaya.

Penutup
 Bagi pihak Panitia Azhariah dan guru-guru SAMAWAT berharap dan mendoakan  semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan Syahadah  Thanawi pada 24 hingga 27 Oktober nanti akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dan mencapai target yang dicita-citakan. Insha Allah..




Disediakan oleh: Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali

                                    Penyelaras Azhariah SAMAWAT

Jumaat, 19 Ogos 2016

Pertandingan Melukis Menggunakan Perisian "Paint" bertemakan kemerdekaan/Patriotisme

Nama Program : Pertandingan Melukis Menggunakan Perisian "Paint" bertemakan kemerdekaan/Patriotisme

Tarikh : 17/8/2016
Hari : Rabu
Tempat : Bilik ICT
Guru Penyelaras : Ust Hatta Rahim

Pada 17/8/2016, sempena Ulangtahun kemerdekaan kali ke 59, telah diadakan pertandingan Melukis menggunakan perisian 'Paint' bertemakan kemerdekaan/patriotisme.

Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 23 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Para peserta telah menggunakan kemahiran yang dimiliki untuk mengahsilkan lukisan dengan menggunakan perisian 'paint'.

Hasil lukisan pelajar akan dinilai oleh juri yang dilantik dari kalangan guru SAMAWAT sendiri, dan akan dimasukkan di fb sekolah untuk mencari gambar yang mendapat 'like' yang paling banyak bagi memenangai Hadiah khas 'likers'.

Pertandingan ini bermula tepat jam 3.00 petang dan tamat tepat jam 5.00 petang.







disediakan oleh
Hatta bin Rahim
Penyelaras Pertandingan

Selasa, 16 Ogos 2016

CERAMAH PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID “KEINGINAN DAN HARAPAN”







Pada 26 Julai 2016 jam 9.00 malam hingga 11.00malam program  pembentukan Sahsiah dan Jati Diri terhadap kawalan disiplin memerlukan kerajinan dan usaha yang gigih tetapi perlu diiringi dengan peningkatan disiplin yang tinggi dalam diri untuk berubaha menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik,kokurikulum dan sahsiah diri. Ramuan elemen-elemen yang digabungkan ini mampu melahirkan murid yang hebat bagi menghadapi cabaran-cabaran global dalam pendidikan pada abad ke-21. Melalui pendekatan ini, murid berupaya menggunakan potensi yang ada pada diri mereka untuk diterjemahkan kepada pembentukan nilai sahsiah yang tinggi. 

Maka dengan ini, ceramah peningkatan disiplin diri murid "keinginan dan harapan" telah diadakan dalam menyuntik semangat baharu kepada murid-murid di SAMAWAT.

Di akhir kursus ini murid dapat :

  •  Untuk melahirkan murid yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang tinggi.
  • Bagi memperlihatkan potensi yang ada dalam diri setiap individu.
  • Untuk melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai melalui anjakan ketiga bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
  • Menjiwakan diri murid dengan konsep “ Keinginan dan Harapan” untuk berubah ke arah yang lebih baik




Edited By : Muhd Faisal Hj Hassan
(Guru Bimbingan & Kaunseling SAMAWAT)

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN AKADEMIK MURID SAMAWAT 2016






Pada 19 Julai 2016, jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam, satu Program Motivasi Kecemerlangan Akademik Murid SAMAWAT 2016 dijalankan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara khusus kepada semua agar memperolehi ilmu dan pengalaman yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian. Sebagai seorang murid, mereka memerlukan suntikan semangat yang tinggi untuk bersaing dengan cabaran-cabaran dalam abad persekolahan yang ke-21.
           Dalam kesempatan ini, unit kaunseling telah menjemput seorang penceramah yang cukup berpengalaman daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol iaitu En. Mohamad Fauzi bin Mansor yang merupakan Yang Dipertua Majlis Guru-Guru Kaunseling Kerian untuk memberikan ceramah dan seterusnya menyuntik semangat kepada murid SAMAWAT. Kesempatan yang diberikan oleh pihak sekolah untuk menerima penceramah ini diharap turut memberi kesan positif kepada perkembangan aspek Jasmani, Emosi, Rohaniah dan Intelektual (JERI) semua murid SAMAWAT.


OBJEKTIF PROGRAM
  • Untuk memastikan murid memperolehi maklumat dan pengetahuan yang berguna untuk diaplikasikan dalam Pelajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah
  • Menjadikan murid berupaya menghadapi cabaran dan halangan dengan baik sehingga mampu  bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah, masyarakat, bangsa, agama  dan Negara.
  • Memastikan matlamat yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memberi kesan yang positif kepada pembangunan Jasmani, Emosi, Rohaniah dan Intelektual (JERI) semua murid sekolah.
  • Untuk memasikan pemikiran dan tindakan murid bersesuaian dengan matlamat yang telah dirancang untuk jangka masa panjang.

Pada akhir program ini, borang soal selidik telah diedarkan kepada semua murid bagi melihat tahap penerimaan mereka terhadap penyampaian yang telah dikongsikan. semoga dengan program ini, murid di SAMAWAT mampu menggunakan segala ruang yang ada untuk lebih cemerlang dalam akademik. Diharapkan penglibatan murid luar lebih ramai agar penyampai dapat diberikan kepada semua murid yang terlibat.






Edited by : Muhd Faisal Hj Hassan
(Guru Bimbingan & Kaunseling SAMAWAT)

Rabu, 10 Ogos 2016

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK 2016
(JALINAN MESRA SAMAWAT BERSAMA SABK AL-HIDAYAH)

 Panitia Matematik SAMAWAT dan Panitia Matematik SABK AL-HIDAYAH telah kerjasama dalam menjayakan Bengkel Teknik Menjawab Matematik 2016 yang telah diadakan pada 9 Ogos 2016 ( 2.30 - 5.00 petang )dan memilih dewan Tingkatan 5 SABK ALHIDAYAH sebagai lokasi bengkel.

Semoga jalinan mesra dalam kerjasama akademik ini dapat membantu dalam meningkatkan kecemerlangan kedua-dua sekolah dalam subjek Matematik kursusnya dan sekolah amnya.
Diharapkan program ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.

Guru yang terlibat ialah Puan Siti Khatijah selaku Ketua Panitia Matematik dan seramai 19 orang calon SPM SAMAWAT dan 59 orang calon SPM SABK AL-HIDAYAH.
Bengkel disampaikan oleh Encik Rashidi bin Che Pin, guru SMK Alor Pongsu yang juga merupakan Jurulatih Utama Negeri Perak.
 

Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini..









Isnin, 8 Ogos 2016

War Room Latih Tubi





War Room 8 Ogos 2016 berlangsung antara jam 3.30 hingga 4.30 petang di bilik gerakan SAMAWAT.

War Room kali ini membincangkan mengenai aktiviti latih tubi dalam kelas. Pengetua membentangkan dapatan bilangan latih tubi setiap guru SAMAWAT. Analisis mendapati purata guru tidak mencapai bilangan latihan sekali seminggu. 

Pada akhir sesi, semua guru bersetuju bahawa bilangan latih tubi mempengaruhi pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Oleh yang demikian semua guru sepakat untuk meletakkan sasaran paling minimum latihan adalah satu latihan seminggu. 

Satu borang yang merekodkan latihan akan dirangka dan dilekatkan dalam buku rancangan pengajaran harian insyaallah. 

Pelancaran ezlear2u.com SAMAWAT

Nama Program : Pelancaran program ezlearn2u peringkat sekolah
Tarikh : 8-8-2016
Hari : Isnin
Tempat : Dataran SAMAWAT

ezlearn2u.com merupakan satu program yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri perak, dengan kerjasama JPN Perak untuk membantu mencapai matlamat perak excellent.

ezlearn2u merupakan program pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar-pelajar negeri perak bermula di sekolah rendah (bermula darjah 4-6) dan sekolah menengah (tingkatan 1-5)

melalui ezlearn2u para pelajar berpeluang belajar melalui atas talian (on-line) dan mendapat info yang berguna dan berkomunikasi dengan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

diperingkat SAMAWAT, pihak sekolah menyediakan inisiatif anugerah penglibatan aktif secara atas talian (on-line) kepada semua pelajar SAMAWAT. diharapkan program ini akan memberikan impak yang positif kepada semua warga sekolah dalam mencapai sasaran 2.9, 1.9 dan 2.0.

disediakan oleh
Hatta b Rahim
Penyelaras
ezlearn2u SAMAWAT