Program "Parit Buntar Kampung Run" anjuran Majlis Belia Malaysia telah diadakan pada hari Ahad (28/2/2016). Larian tersebut merupakan program peringkat kebangsaan yang telah disertai oleh belia dan murid sekolah menengah dan rendah dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Justeru
itu, SAMAWAT tidak melepaskan peluang keemasan untuk turut serta dalam
acara peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan ini dengan
menghantar 10 orang murid dan diiringi oleh Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, En. Abdul Malik Hashim.
Acara
larian telah dimulakan tepat jam 7.10 pagi dan berakhir sekitar jam
12.00 tengahari. Peserta memulakan larian dari Pekan Pasar Hari Tanjung
Piandang dan berakhir di Ban Pecah, Sungai Baru, Tanjung Piandang. Jarak
larian bagi kategori dewasa ialah 12 km dan 5 km untuk murid sekolah.
Walaupun
tidak memenangi sebarang tempat dalam acara larian tersebut, SAMAWAT
tetap tidak pulang dengan tangan kosong. SAMAWAT telah berjaya memenangi
4 cabutan bertuah di samping sijil penyertaan dan T-Shirt percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan