Isnin, 12 Disember 2016

UJIAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 TAHUN 2017


Tarikh  : 10 Disember 2016 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi - 12.00 tengahari  (Ujian Bertulis dan Lisan)
Tempat : Dewan SAMAWAT
Jumlah Calon : 67 orang

Pendaftaran

Pemantauan oleh pegawai dari SPI Perak dan PPD Kerian





Ujian bertulis






Ujian Al-Quran

Ujian Bahasa Arab




           

Khamis, 24 November 2016

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM DAN KOKU 2016

Tarikh : 18 November 2016 (Jumaat)
Masa : 7.30am hingga 11.00am
Tempat : Dewan SAMAWAT

Perasmi : Tn. Hj. Zainudin bin Mahmud (Penyelia Sukan, Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Kerian)

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah upacara tahunan disekolah ini. Ianya bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Ia dapat meningkatan akademik dan disiplin pelajar. Membimbing pelajar dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni,kependidikan dan kemasyarakatan. Membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia selaras dengan perkembangan JERI yang seimbang.





Persembahan silat oleh murid SAMAWAT

Tetamu kehormat (dari kiri Us. Muhamad (Pengetua), Tengah Tn. Hj. Zainudin Mahmud (PPD Kerian), Kanan Wakil LPS

Sekitar ketibaan tetamu VVIP

Pengacara Majlis

Ucapan tuan pengetua us. Muhamad bin Abdullah

Bacaan al-quran secara murattal

Ucapan Tn. Hj Zainudin Mahmud(Perasmi Program)
OBJEKTIF

Objektif Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu.  Antaranya ialah;
1.       Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam bidang HEM dan kokurikulum.
2.      Memberi pengiktirafan terhadap kepimpinan yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam aktivit-aktiviti HEM dan kokurikulum.
3.      Melahirkan tokoh pelajar cemerlang dalam bidang kokurikulum sebagai role model kepada pelajar lain untuk lebih maju dalam bidang HEM dan kokurikulum.
4.       Menyeimbangkan antara perkembangan fizikal dengan perkembangan mental, jasmani, emosi dan rohani para murid SAMAWAT.

5.    Mewujudkan semangat kerjasama dan silaturrahim antara semua warga sekolah.


Edited by : Abd Malik bin Hashim

KEM PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM / IMEJ DIRI MURID 2016

Tarikh : 9 hingga 10 November 2016

Tempat : Dataran SAMAWAT/ Kampung Nelayan (Pantai Ban Pecah) / Masjid Sungai Baru/ Masjid Jamek                        Tanjung Piandang

Sasaran : 30 Orang murid PT3 2016


MATLAMAT
Perkhemahan ini bermatlamat untuk melahirkan golongan murid yang mempunyai sifat berani menghadapi cabaran, meningkatkan ketahanan fizikal sebagai persediaan sebelum memasuki ke alam menengah atas, memupuk kerjasama dan kerja sepasukan serta membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti setempat.

OBJEKTIF
Adalah diharapkan di akhir program ini peserta akan dapat:
1. Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk kerjasama antara murid dengan masyarakat luar serta mewujudkan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.
2.  Memberi kesedaran kepada murid akan cabaran yang akan mereka lalui sepanjang pembelajaran mereka sebagai murid kelak.
3.  Memantapkan mental murid dari perspektif ketahanan fizikal, kecerdasan emosi, kekuatan rohani serta jati diri.






Edited by : Abd Malik Hashim
E

PROGRAM LAWATAN KHIDMAT MASYARAKAT "TAUTAN JALINAN KASIH"

Tarikh : 23 November 2016 (Rabu)

Sasaran : 30 orang murid tingkatan (PT3)

Tempat : Kediaman Abu Nur (Kediaman Warga Emas dan Anak-anak Yatim/Miskin, Kampung                         Simpang Pulai, 33100 Pengkalan Hulu, Perak.


RASIONAL

1.     Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak yatim sepanjang di Kediaman          Abu Nur.

2.     Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan anak-anak yatim dengan lebih dekat lagi.

3.    Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi memastikan                 golongan yang kurang bernasib baik dilindungi.

Ketibaan murid SAMAWAT

Penyampaian Hadiah Aktiviti yang dijalankan

Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim

Bergambar kenang-kenangan bersama warga Kediaman Abu Nur

Ketibaan murid disambut oleh Kediaman Abu Nur

Penyampaian Cenderahati kepada wakil Kediaman Abu Nur


 OBJEKTIF

1.   Melatih murid bekerjasama dalam satu pasukan untuk mengendalikan pembinaan hubungan yang baik               antara  anak-anak yatim/miskin

2.   Mempraktikkan “Komunikasi interpersonal” dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan sasaran               praktikal adalah anak-anak yatim yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing.

3.   Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan       terpinggir.

4.  Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian                  terhadap golongan kurang bernasib baik.

5.   Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak kaedah kepada warga SAMAWAT.

6.   Mengembirakan golongan anak-anak yatim/miskin yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan mereka.


Edited by : Fadziah bt Zaini

CERAMAH /TAKLIMAT KEMASUKAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL (KV)

Tarikh : 14 November2016
Masa : 11.00am - 1.20pm
Tempat : Dewan SAMAWAT
Sasaran : 30 orang pelajar tingkatan tiga (PT3)

            RASIONAL
1.   Pelajar akan memperolehi maklumat awal yang tepat dan berguna bagi kelayakan permohonan
     kemasukan ke Kolej Vokasional (KV).
2.    Pelajar perlu diberi pendedahan dalam minat dan kerjaya mereka bermula pada peringkat awal lagi
     agar minat ini dapat memberi kesan yang berguna pada masa depan mereka kelak

Taklimat oleh Ustaz Zaini drp Kolej Vokasional Bagan Serai

OBJEKTIF

1.     Mendedahkan sumber dan peluang dalam bidang pendidikan merangkumi kepelbagaian aspek yang
      perlu diterokai bersesuaian dengan minat mereka.
2.    Menghubungkan kelangsungan bagi murid-murid yang tidak mampu pergi jauh dalam bidang
      akademik agar memilih bidang kemahiran yang bersesuaian dengan minat mereka.
3.    Mendedahkan  minta dan peluang kerjaya yang bersesuaian dengan minat murid-murid dalam bidang
      kemahiran pada tahap yang tertinggi.
4.    Memberi pendedahan secara tepat tentang kelayakan untuk kemasukan ke Kolej Vokasional (KV)

5.   Menarik minat pelajar terhadap krusus kemahiran yang ditawarkan diseluruh Malaysia.


Edited by : Muhd Faisal bin Hassan

PROGRAM MINDA SIHAT SAMAWAT " Akal Cerdas, Intelek Hebat"

Tarikh : Oktober - November

Sasaran : Calon PT3, Thanawai dan SPM 2016

Bahan : Pil Vitamin C dan Buah Kismis


Pendahuluan
1. Program ini dijalankan sebagai salah satu aktiviti untuk meningkatan kecerdasan dan keupayaan minda murid supaya berada dalam keadaan yang sihat selalu. Program khas ini dianjurkan oleh pihak sekolah kepada murid yang bakal memduduki PT3, Thanawi dan SPM bagi tahun 2016.


Objektif :

1. Agar murid mempunyai keseimbangan emosi yang baik demi mencapai kecemerlangan dalam akademik mereka.
2. Agar semua murid berupaya menjadikan sumber makanan yang sihat sebagai amalan harian mereka sebelum memulakan proses pembelajaran.
3. Memastikan semua murid memperolehi permakanan yangs seimbang dan berkualiti selari dengan sunnnah permakanan dalam islam.
4. Bagi memastikan bahawa ingatan dalam minda perlu dijaga agar tumpuan kepada segala kecemerlangan dalam akademik dapat dicapai.

Vitamin C dan Kismis

Pengagihan Vitamin C dan Buah Kismis kepada murid

Edited by : Muhd Faisal bin Hassan


PROGRAM CERAMAH PEMANTAPAN SAHSIAH DAN JATI DIRI MURID SAMAWAT

Tarikh : 16 November 2016

Masa : 9.00am-11.00am

Tempat : Dewan SAMAWAT

OBJEKTIF
1. Mengenali diri dengan melihat kekuatan dan kelemahan diri.
2. Diharap pelajar dapat kesedaran kepentingan sahsiah diri yang baik dalam hidup mereka untuk menjadi ahli masyarakat di sekolah atau di luar sekolah.
3. Diharap pelajar dapat mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dalam pelajaran untuk masa depan.
4. Pelajar juga diharap bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga cemerlang dalam menghadapai sebarang bidang yang diceburi.
5. Meningkatkan kecemerlangan di kalangan para pelajar berpotensi menerusi pendedahan dan latihan eksklusif berhubung kemahiran-kemahiran global seperti kepimpinan, komunikasi, hubungan antarabangsa dan diplomatik.
6. Memberi penekanan terhadap aspek motivasi terhadap diri agar lebih memahami peranan dan tanggungjawab.
7. Memberi kesedaran kepada remaja tentang peranan dalam aspek kehidupan agar melahirkan golongan yang dapat membantu dalam melahirkan sebuah negara yang maju.


Pemyampaian Cenderahati kepada penceramah

Ceramah oleh En. Azuan bin Aminuddin

Edited by : Muhd Faisal Hassan

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

Tarikh : 11 November 2016
Masa : 8.00am-11.00am
Tempat : Majid Jamek Tanjung Piandang.

1.0          RASIONAL
1.1          1. Pelajar perlu diberi pendedahan secara praktikal tentang  tuntutan fardu kifayah.
          2. Pelajar perlu diberi pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakan tuntutan ini dalam keluarga dan masyarakat.


2.0          OBJEKTIF

2.1       Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran salah satu daripada sukatan pelajaran Pendidikan Islam tingkatan tiga. 
2.2          Melaksanakan salah satu daripada program keagamaan seperti yang dirancangkan
2.3     Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah
2.4          Memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar

2.5          Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam


PASCA PT3 (MURAL/KHAT)

Tarikh : 24 Oktober - 25 November 2016
Masa : Tertaluk kepada jadual program


OBJEKTIF
3.1  Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu projek 3.2   Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru-guru dan warga sekolah.
3.3   Memberi pelajar ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran yang telah dipelajari di sekolah.
3.4   Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab pelajar dalam program yang dilaksanakan






Edited by : Johari Ishak

Selasa, 15 November 2016

PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1438 H / 2016 M

PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1438 H / 2016 M

Tarikh     : 05 November 2016 ( Sabtu ) / 05 Safar 1438 H

Tempat   : Dewan & Dataran SAMAWAT

Masa      : 8.00 pagi-12.00 tgh.

sasaran   : Semua warga SAMAWAT


AKTIVITI

1) Ceramah Maal Hijrah.

2) Membuat Bubur " Asyura "

             Walaupun AwalMuharam telah berlalu, disebabkan kekangan masa namun pihak Panitia Pendidikan Islam SAMAWAT dengan dorongan Tuan Pengetua Ustaz Muhamad bin Abdullah telah berjaya juga mengadakan Majlis Sambutan sempena memperingati Hijrah Rasulullah s.a.w. Pada tarikh tersebut aktiviti program dimulakan dengan ceramah sirah Rasulullah oleh penceramah yang diundang khas dari USM, Prof. Madya Dr. Azmier bin Ahmad. Alhamdulillah ceramahnya amat menarik minat pelajar dan berakhir pada jam 9.30 pagi.
            Selepas itu aktiviti program disambung dengan gotong-royong membuat bubur "Asyura". Semua warga SAMAWAT yang hadir memberi komitmen dan kerjasama bertungkus-lumus menyiapkan bubur "Asyura" sehingga jam 11.30 pagi. Alhamdulillah semua aktiviti yang dijalankan berjalan lancar dan meriah. Majlis berakhir dengan jamuan nasi dan bubur "Asyura". Pihak sekolah berharap program ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.





                                         Pelajar-pelajar Putera dan Puteri kusyuk mendengar ceramah


                                          Ceramah oleh Prof. Madya Dr. Azmier bin Ahmad




                                          Tuan Pengetua Ustaz Muhamad bin Abdullah menyampaikan
                                          cenderamata penghargaan kepada penceramah.



                                          Semua warga SAMAWAT bekerjasama menyediakan
                                          persiapan bubur "Asyura"



                                          Guru-guru dan Staff membantu mengacau bubur


                                          Tuan Pengetua bersama-sama Mantan Pengetua
                                           Ustaz Hj Asmuni bin Awang turut hadir membantu
                                           dan memeriahkan majlis.



                                          Pelajar-pelajar tidak ketinggalan membantu mengacau bubur






Disediakan oleh: Ahmad kamal Arrifin bin Mohd Ali
  Penyelaras Program

Rabu, 26 Oktober 2016

KEM GEMILANG SPM 2016 SAMAWAT

Tarikh : 22-23 Oktober 2016 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Suria Servis Apatment Bukit Merah Laketown
Sasaran : 19 Orang murid SAMAWAT

Fokus : 1) Matematik, 
             2) Sains, 
             3) Perdagangan, 
             4) Pendidikan Quran Sunah (PQS) dan,
             5) Bahasa Arab.


Bacaan Doa permulaan program

Bengkel PQS



Bengkel Matematik



Riadah SAMAWAT

Bengkel Perdagangan

Bengkel Sains

Ucapan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah)


Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan (Bahasa Arab)

Penyampaian sijil penghargaan tertinggi calon percubaan yang mendapat 7A & 2B

Ketibaan murid di sekolah

OBJEKTIF
Antara objektif kem ini adalah;
3.1    Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan pelajar khususnya berkaitan subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Ekonomi Asas, Matematik, Sains dan Fizik.
3.2    Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan pengurusan masa yang cekap.
3.3  Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format.
3.4    Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa.
3.5    Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2016.
3.6   Memupuk sikap pelajar supaya sentiasa memanfaatkan masa ( pengurusan masa yang cekap ) untuk belajar lebih-lebih lagi dalam saat-saat yang genting ini.
3.7     Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM 2013


HARAPAN

Adalah diharapkan agar perkhemahan ini mendatangkan faedah yang besar  kepada semua peserta dan urusetia  yang terlibat. Kejayaan yang bakal diraih akan menjadi titik tolak ke arah pembentukan modal insan yang berminda kelas pertama. Semoga impian terlaksana.


Edited by : Muhd Faisal bin Hassan