Rabu, 1 Julai 2020

PROGRAM MOTIVASI

Program Peningkatan Emosi dan Imej Diri Kendiri Calon SPM dan STAM sesi 2020 bagi Pembentukan Semangat dan Jati diri Menuju Peperiksaan.


Tarikh : 1 Julai 2020 (Rabu)
Masa : 3.15 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT

Sasaran : 17 orang calon SPM dan 7 orang calon STAM = 24 orang calon
Jumlah Kehadiran : SPM 17/17 calon / STAM 6/7 calon

Penceramah : En. Muhammad Fauzie bin Mansur (Kaunselor SMK Seri Perak)
Dianjurkan oleh : Unit Kaunseling dan dengan Unit HEM dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Mukaddimah
Kesan daripada Pendemik COVID 19 yang melanda seluruh dunia khususnya Negara Malaysia yang tercinta, hampir semua perkhidmatan di Malaysia lumpuh termasuk sektor penddidikan yang terpaksa ditangguhkan selama tiga bulan melibatkan semua pelajar awam dan sawta. Walaupun kepelbagaian cara dan kaedah yang digunakan oleh para pendidik dalam memastikan penyebaran maklumat berkaitan dengan sukatan matapelajaran namun, kekangan liputan jalur lebar dan masalah kesungguhan pelajar tidak mencapai tahap pembelajaran yang dikehendaki. Apajua para pendidik terus berusaha sedaya upaya menyampaikan mkalumat tersebut melalui kaedah Goggle Class Room, Telegram, Whataaps dan sebagainya.
Pengumuman pembukaan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Menteri Kanan (Kluster Pendidikan) pada 24 Jun 2020 melibatkan calon peperiksaan awam seperti SPM, SVM, STAM, STPM dan Peperiksaan Antarabangsa Setara apabila hampir tiga bulan sesi persekolahan ditutup. Ekoran itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menjemput seorang penceramah luar bagi memberi perkongsian dalam usaha meningkatkan motivasi kendiri menuju peperiksaan SPM dan STAM yang bakal berlangsung pada Januari 2021.
Perjalanan program ini melibatkan 24 orang murid sahaja. Namun, penjarakan sosial akan dilakukan semasa program berjalan seperti yang sarankan oleh pihak KKM, MKN dan KPM.

Matlamat
Matlamat program ini diadakan adalah bagi membantu meningkatkan kesedaran para murid dalam meningkatkan emosi dan imej kendiri agar lebih bersemangat mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM dan STAM setelah tiga bulan sekolah ditangguhkan ekoran pendemik COVID 19.

Objektif
  • Agar murid mempunyai matlamat yang jelas demi mencapai kejayaan dalam akademik mereka.
  • Agar murid lebih tahu tentang halatuju yang ingin dicapai dan langkah-langkah menuju kecemerlangan dalam peperiksaan.
  • Memberi kesedaran kepada murid untuk meningkatkan prestasi diri.
  • Memastikan murid mempunyai visi dan misi dalam memcapai matlamat yang ingin dicapai.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah






LADAP SIRI 3 TAHUN 2020 : PENGURUSAN KEMARAHAN

Tarikh : 1 Julai 2020 (Rabu)
Jam : 2.00 petang
Tempat : Makmal Sains

Sasaran : Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru dan AKP
Disampaikan oleh : En. Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Pengetua SAMAWAT)

Alhamdulillah, selepas sesi persekolahan dibuka semula bermula 24 Jun 2020 (Rabu), penglibatan guru dan staf dalam LADAP telah diambil kira dalam usaha mencukupkan jumlah hari dan mata kredit bagi tahun 2020. Maka dengan ini, pihak pentadbiran sekolah telah membuat bengkel ladap seperti yang telah disusun diawal tahun. Tajuk yang akan dikongsikan pada hari ini adalah " Pengurusan Kemarahan" yang disampaikan sendiri oleh Tuan Pengetua.

Pengisian terus Program /LADAP melalui pautan berikut
http://bit.ly/PSE3A-PERAK






Isnin, 29 Jun 2020

HARI PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SELEPAS PKPP

Tarikh : 24 Jun 2020
Hari : Rabu
Masa : 6.30 pagi

Jumlah Pelajar : 17 orang calon SPM, 7 orang calon STAM
Jumlah Guru : 23 orang (11 lelaki dan 12 perempuan)
Jumlah AKP : 5 orang (4 perempuan dan 1 lelaki)

Alhamdulillah, sesi pembukaan sekolah bagi sesi 2020 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila Pendemik COVID 19 melanda seluruh dunia khasnya negera kita Malaysia yang tercinta, sekolah telah dibuka kembali setelah 3 bulan sesi persekolahan ditangguhkan. Penantian terjawab apabila YB Menteri Kanan (Kluster Pendidikan) YB Radzi bin Jidin pada 10 Jun 2020 telah membuat pengumunan rasmi atas nasihat MKN dan KKM. Sesi pertama ini hanya melibatkan calon-calon peperiksaan sahaja iaitu SPM, SVM, STAM dan STAM bagi tingkatan yang lain akan dimaklumkan kelak berdasarkan kepada nasihat MKN dan KKM.

Tarikh : 23 Jun 2020 (selasa) :

Kemasukkan pelajar ke asrama diuruskan dengan baik mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM, MKN dan KPM melibatkan calon SPM seramai 14 orang. kehadiran mereka dibantu oleh Penyelia Asrama (Puan Hapizah dibantu oleh Ketua Warden (Cik Nazatul Shida bersama En. Muhammad Muhaimin). Sebelum murid dibenarkan masuk ke asrama, beberapa SOP dilakukan mengikut kehendak KPM iaitu :
1) Suhu badan murid diambil (perlu dibawah < 37.5). Jika melebihi > 37.5 pelajar tidak dibenarkan masuk ke asrama dan sekolah sehingga betul-betul dipastikan sihat.
2) Murid mesti memakai penutup muka (mask) setiap masa.
3) Penggunaan Handsenitizer dilakukan kepada semua murid.
4) Waktu makan murid di dewan makan asrama akan dipantau oleh warden dengan pengawalan SOP yang ketat oleh warden asrama pada setiap masa.


Penjarakan meja > 1 meter dan kelas tidak melebihi 20 orang murid



Para guru dan barisan pentadbir menunggu kehadiran murid ke sekolah




Ahad, 14 Jun 2020

MESYUARAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH PASCA PKP

Tarikh : 12 Jun 2020 (Jumaat)
Jam : 2.45 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Kehadiran : Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan, Kaunselor, Penyelia Asrama dan Pengurus kantin.

Penjarakkan sosial semasa mesyuarat dijalankan serta pengawasan masuk ke pintu pagar sekolah telah dilakukan seperti pengimbasan suhu badan (bawah 37.5 dc) telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM, KKM dan MKN.

14 Jun 2020 (Ahad) : Google Meet bagi sesi taklimat Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah Pasca PKP dijalankan melibatkan semua guru SAMAWAT.

Taklimat oleh : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Pengetua SAMAWAT)
Jumlah calon SPM : 17 orang calon
Jumlah calon STAM : 13 orang calon

SOP oleh KPM berpandukan kepada panduan dan nasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Mesyuarat Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah ditaklimatkan kepada semua pengetua sekolah di seluruh Malaysia pada awal Jun tahun 2020. Garis Panduan ini telah ditaklimatkan kepada semua Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan bersama dengan Penyelia Asrama dan Pengusaha Kantin Sekolah. Taklimat ini bertujuan untuk memastikan segala perancangan yang telah diatur oleh KPM berkaitan dengan sesi pembukaan sekolah pada 24 Jun 2020 berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah digariskan oleh KPM semasa berada di sekolah dan di asrama sekolah. Pembukaan sekolah ini hanya melibatkan calon-calon peperiksaan awam sahaja iaitu SPM, SVM, STAM, STPM dan Peperiksaan Antarabangsa yang setara diseluruh Negara.