Ahad, 14 Jun 2020

MESYUARAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH PASCA PKP

Tarikh : 12 Jun 2020 (Jumaat)
Jam : 2.45 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Kehadiran : Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan, Kaunselor, Penyelia Asrama dan Pengurus kantin.

Penjarakkan sosial semasa mesyuarat dijalankan serta pengawasan masuk ke pintu pagar sekolah telah dilakukan seperti pengimbasan suhu badan (bawah 37.5 dc) telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM, KKM dan MKN.

14 Jun 2020 (Ahad) : Google Meet bagi sesi taklimat Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah Pasca PKP dijalankan melibatkan semua guru SAMAWAT.

Taklimat oleh : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Pengetua SAMAWAT)
Jumlah calon SPM : 17 orang calon
Jumlah calon STAM : 13 orang calon

SOP oleh KPM berpandukan kepada panduan dan nasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Mesyuarat Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah ditaklimatkan kepada semua pengetua sekolah di seluruh Malaysia pada awal Jun tahun 2020. Garis Panduan ini telah ditaklimatkan kepada semua Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan bersama dengan Penyelia Asrama dan Pengusaha Kantin Sekolah. Taklimat ini bertujuan untuk memastikan segala perancangan yang telah diatur oleh KPM berkaitan dengan sesi pembukaan sekolah pada 24 Jun 2020 berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah digariskan oleh KPM semasa berada di sekolah dan di asrama sekolah. Pembukaan sekolah ini hanya melibatkan calon-calon peperiksaan awam sahaja iaitu SPM, SVM, STAM, STPM dan Peperiksaan Antarabangsa yang setara diseluruh Negara.




Rabu, 11 Mac 2020

MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT ZON PARIT BUNTAR

Tarikh : 9 Mac 2020 (Isnin)
Tempat : SMK Raja Lope Nur Rashid Tanjung Piandang.

Peserta Lelaki :
Peserta Perempuan :

Tugas sekolah : Menyediakan Pengacara Majlis








Rabu, 4 Mac 2020

LADAP SIRI 2 TAHUN 2020 : GAYA HIDUP YANG SIHAT

Tarikh : 3 Mac 2020 (Selasa)
Masa : 2.45petang hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Penceramah : En. Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Pengetua SAMAWAT)

Kehadiran : Pengetua, semua pentadbir, semua guru & semua AKP

Alhamdulillah, pengurusan LADAP kali ke-2 bagi tahun 2020 berjalan dengan lancar bagi bulan februari melibatkan semua guru dan AKP seramai 26 orang. Perkongsian ini disampaikan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali). Sebelum perkongsian dimulakan terlebih dahulu, semua guru dan AKP diminta untuk mengukur tinggi dan menimbang berat masing-masing bagi membolehkan bacaan BMI diperolehi agar segala perkongsian boleh mejurus ke arah setiap individu guru.

Definifi
Gaya Hidup Sihat boleh ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek iaitu :
  • Penjagaan pemakanan yang seimbang, 
  • Bersenam,
  • Mengawal tekanan atau strees dan 
  • Menghindari diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko
Matlamat
Usaha untuk membentuk gaya hidup guru-guru yang sihat dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) dan usaha melahirkan sebuah organisai sekolah yang mempunyai guru yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur, taraf hidup, ruang, masa dan faktor-faktor yang lain. Matlamatnya adalah untuk bebas dari sebarang penyakit "Cegah lebih baik daripada Merawat"






Isnin, 2 Mac 2020

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 TAHUN 2020

Tarikh : 28 Februari 2020 (Jumaat)
Masa : 2.45 petang
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Peratus Kehadiran Ibu Bapa/ waris : 85%

Dirasmikan oleh : Tn. Hj. Jamil bin Salleh (Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah/ LPS)

Alhamdulillah, perjalanan bagi mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 tahun 2020 berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG, Guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Antara tentatif Perasmian majis tersebut :

  • 2.45 petang  : Pendaftaran Ibu Bapa/ waris
  • 3.00 petang  : ketibaan Perasmi
  • 3.05 petang  : Ucapan Pengerusi Majlis (Ustaz Ahmad Kamal Arrifin)
  • 3.10 petang  : Ucapan YDP PIBG (Ustaz Murad bin Hussain)
  • 3.20 petang  : Ucapan Tuan Pengetua (Penasihat) / Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)
  • 3.30 petang  : Ucapan Perasmian (Ustaz Tn. Hj. Jamil bin Salleh, Pengerusi LPS SAMAWAT)
  • 4.00 petang  : Majlis Mesyuarat Agung kali ke-13 tahun 2020 berjalan
Tentatif Perjalanan Mesyuarat PIBG kali ke-13 tahun 2020 :

  • Ucapan Pengerusi Agung PIBG
  • Membentang dan menerima peringatan minit Mesyuarat Agung kali-12 tahun 2019
  • Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019.
  • Membentang, membahas dan menerima usul/cadangan oleh ibu bapa/waris.
  • Membentang dan meluluskan permohonan bayaran tambahan bagi tahun 2020.
  • Pelantikan 2 orang AJK baharu
  • Ucapan Penanguhan.
  • Bersurai

Sesi Pendaftaran Ibu Bapa/ Waris

Ucapan Pengerusi Majlis (Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali)

Bacaan Doa oleh Ustaz Roslan bin Ramli

Ucapan oleh YDP PIBG (Ustaz Murad bin Hussain)

Ucapan Tuan Penasihat /Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)
Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Jamil bin Salleh (Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah)

Penyampaian Cenderamata kepada Tuan Perasmi, (Tn. Hj. Jamil bin Salleh)

Barisan Tetamu Kehormat (Tuan Perasmi, Penasihat & YDP)
Barisan AJK bagi memulakan mesyuarat kali ke-13 tahun 2020





Cadangan/ Usul oleh Ibu Bapa/ Waris






Para Ibu Bapa/ Waris



Penyampaian Cenderamata kepada AJK PIBG