Tempat : Dewan Tuan Guru Haji Noh (Asrama) & Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua murid tingkatan satu sesi 2020 yang tinggal di asrama
Dikendalikan oleh : Unit Bimbingan dan Kaunseling dibantu oleh fisilitator daripada tingkatan lima seramai 13 orang.
Perjalanan Program :
- Orientasi tingkatan satu sesi 2020 dimulakan dengan sesi perkenalan dan ramah mesra bersama dengan kaunselor pada hari pertama bermula jam 9.00 malam hingga 10.30 malam. Dalam sesi ini murid-murid dikehendaki untuk berkenalan dengan semua rakan mereka serta menghafal nama-nama rakan mereka dan menceritakan kembali kepada semua peserta. Falsafah daripada sesi ini, murid-murid akan lebih jelekit dan mesra dengan rakan-rakan yang baharu dan berupaya menyesuaikan diri ditempat dan persekitaran yang baru.
- Hari kedua, murid-murid diberikan masa untuk rehat bagi mempersiapkan diri dengan kelengkapan sekolah bagi hari kedua persekolahan.
- Program diteruskan lagi pada hari sabtu yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar daripada tingkatan lima dengan aktiviti senamrobik dan diteruskan dengan dua aktiviti lain sehingga jam 11.00 pagi.
- Hari terakhir (ahad) dijalankan dua aktiviti yang menarik yang telah disusun oleh fisilitator sambil dipantau oleh GBK sehingga jam 12.30 tengahari.
Impak Program :
- Murid-murid lebih berkeyakinan dan yakin dalam setiap tugasan yang diberikan.
- Kemesraan antara peserta kian terserlah tanpa ada rasa malu dan segan.
- Meningkatkan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelaktual peserta.
- Menjadikan peserta sentiasa bersedia menghadapi suasana dan persekitaran yang baharu di asrama.
Aktiviti dimulakan dengan senamrobik |
Pembentangan Kumpulan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan