Isnin, 4 November 2019

MAJLIS BANTUAN ZAKAT FISABILILLAH TNB PERAK-DUN KUALA KURAU TAHUN 2019

Tarikh : 4 November 2019 (Isnin)
Tempat : Dewan JKKK Tanjung Piandang.
Jumlah Penerima (sekolah): 30 orang pelajar (Tingkatan 1-4 sesi 2019)

Jumlah keseluruhan penerima (daerah): 300 orang dari Daerah Kerian (250 pelajar SM & 50 pelejar SR)
Disempurnakan oleh : YB. Dato  Abdul Yunus bin Jamhari (Adun Kuala Kurau merangkap Exco kerajaan Negeri Perak). Diiringi oleh Orang Besar Jajahan (OBJ) Kerian, Tuan Pegawai PPD Kerian, Pengarah TNB Perak dan Ketua Jajahan Kerian.

Jumlah Peruntukan keseluruhan : RM 87,000

Alhamdulillah, seramai 30 orang penerima bantuan Zakat TNB negeri Perak melalui Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau yang disempurnakan sendiri oleh YB Dato Abdul Yunus Jamhari diiringi oleh Orang Besar Jajahan (OBJ) Kerian diharap mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan sumbangan ini yang akan digunakan bagi membeli persiapan persekolahan pada tahun hadapan. Semua seramai 300 orang penerima menerima Zakat Fisabilillah menerima bantuan sebanyak RM200 setiap seorang. pada majlis ini, setiap seorang telah menerima wang tunai RM100.00 dan RM100.00 lagi akan dimasukkan kedalam akaun Tabung Haji dalam usaha menggalakan pelajar menanam sifat menabung untuk masa hadapan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan