KEM GEMILANG SAMAWAT
Tarikh : 3 hingga 5 Ogos 2018 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Infra Chalet & Resort, Kuala Gula
Sanctury, Kuala Gula, 34350, Kuala Kurau, Perak.
MUKADDIMAH
Program Kem Gemilang SAMAWAT bagi tahun 2018
bagi fasa pertama adalah rentetan daripada bengkel-bengkel teknik menjawab
soalan bagi mata pelajaran tingkatan lima. Program berfokus kepada semua subjek
sahaja secara keseluruhan iaitu Matematik, Sejarah, Bahasa Arab, PQS, PSI,
Sains, Perniagaan, Bahasa Inggeris dan Perdagangan. Semua subjek ini dipilih
berdasarkan kepada kepentingan yang khusus kepada semua calon SPM 2018.
MATLAMAT
Program ini akan bakal diisi dengan bengkel-bengkel dengan
menjemput kebanyakan pakar-pakar dari luar (guru pakar) bagi berkongsi ilmu dan
pengetahuan yang berguna kepada anak-anak SAMAWAT dalam suasana yang berbeza
melibatkan persekitaran, gaya pembelajaran, kawalan emosi dan persediaan murid
itu sendiri. Pendekatan ini selalu digunakan oleh pihak sekolah agar
calon-calon SPM sentiasa diberikan semangat dan dorongan untuk lebih terus
meletakkan sasaran dalam mencipta kejayaan dalam SPM menjadi agenda utama.
Semoga dengan kepelbagaian usaha dan
usaha pihak sekolah yang dibantu oleh PIBG dari segi idea, tenaga dan wang
ringgit mampu menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi pihak sekolah
khususnya kepada calon SPM.
OBJEKTIF
Antara objektif kem ini adalah :
- Menambah, mengaya
dan mengukuhkan pengetahuan calon SPM 2018 bagi semua matapelajaran yang diambil.
- Mendedahkan pelajar
dengan kaedah pembelajaran berkesan dan pengurusan
masa yang cekap.
- Menjelaskan tentang
kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format terkini.
- Merangsang mental
dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan
pada bila-bila masa sahaja.
- Melahirkan
lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dan 100 % lulus dalam peperiksaan SPM 2018.
- Memupuk sikap
pelajar supaya memanfaatkan masa belajar.
- Meningkatkan ilmu,
kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi cabaran sebenar SPM 2018 dan,
- Memberi ruang dan
ketenagan belajar dalam persekitaran yang berbeza.
|
Teknik Menjawab Matematik |
|
Teknik Menjawab Sejarah |
|
Teknik Menjawab Bahasa Arab |
|
Teknik Menjawab Bahasa Melayu |
|
Teknik Menjawab Sains |
|
Antara modul yang digunakan dalam teknik menjawab Bahasa Inggeris |
|
Teknik Menjawab PQS |
|
Ucapan penutup dan Refleksi Peperiksaan oleh Tuan Pengetua |
HARAPAN
Adalah diharapkan agar program ini mendatangkan faedah yang besar
kepada semua peserta dan urusetia yang
terlibat. Kejayaan yang bakal diraih akan menjadi titik tolak ke arah pembentukan modal insan yang berminda kelas
pertama. Semoga impian terlaksana.
SAMAWAT “ Rajin dan Sopan”