Khamis, 31 Mei 2018

PERTANDINGAN GURU INOVATIF PERINGKAT DAERAH KERIAN 2018

Rabu 30 Mei 2018 hari pertama pertandingan guru inovatif peringkat daerah. Bermula jam 8.30pg hingga 4.00 ptg. Selama dua hari Rabu dan Khamis, seramai 34 penyertaan. SAMAWAT adalah merupakan salah satu kumpulan yang turut serta dalam pertandingan tersebut. Diwakili oleh Us.Azmi bin Othman, Us. Mohd Muhaimin bin Mustapai dan Pn . Norbainah bt Mat Zaini. Tajuk inovasi SAMAWAT ialah Sistem TBS sebuah invasi dalam bahasa arab.Turut hadir menyaksikan pertandingan guru inovatif ini YB En.Hasnul Zulkarnain selaku wakil rakyat DUN Titi Serong. Beliau juga telah sudi menyampaikan hadiah kepada semua para peserta. Alhamdulillah team SAMAWAT mendapat pingat EMAS dalam pertandingan tersebut dan akan keperingkat negeri. Tahniah dan syabas !! Untuk SAMAWAT!! SAMAWAT RAJIN DAN SOPAN!!










Isnin, 21 Mei 2018

PELANCARAN IHYA' RAMADHAN SAMAWAT TAHUN 2018

Tarikh : 18 Mei 2018 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT
Perasmian oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SAMAWAT

Sasaran : Semua murid SAMAWAT seramai 158 orang
Bermula : 17 Mei hingga 8 Jun 2018 bersamaan 1 Ramadhan - 23 Ramadhan 1439H

MUKADDIMAH
Sempena menyambut bulan ramadhan karim, kebiasaan sekolah akan menganjurkan beberapa program untuk mengimarahkan lagi bulan tersebut. Pelbagai aktiviti dan program  telah susun bermula dengan pelancaran dan terus berjalan kepada pengisian seperti Tadarus Al-Quran, Majlis berbuka puasa perdana peringkat sekolah, Solat Terawih, Ceramah, Tazkirah mingguan dan bermacam lagi. Semoga dengan usaha ini mendapat keredhaan Allah swt serta dapat memberi kesedaran kepada semua warga SAMAWAT.

MATLAMAT 
Program ini berhasrat menyedarkan murid-murid dan warga SAMAWAT tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

OBJEKTIF
Selepas mengkuti program ini, warga SAMAWAT dapat :

  • Kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan ramadhan.
  • Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang lain.
  • Menggalakan ibadah membaca al-Quran dalam kalangan warga SAMAWAT.
  • Menyuburkan perasaan untuk merebut kelebihan bulan Ramadhan.






Perasmian oleh Tuan Pengetua (Us. Muhamad) diiringi oleh PK HEM (Pn.Hjh. Rohizah)





Tadarus Al-Quran oleh semua murid dan warga SAMAWAT seawal jam 7.15pagi - 7.45am








PENUTUP
Semoga usaha ini akan berupaya mengimarahkan bulan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak



Khamis, 17 Mei 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

   "Guru Pemancu Tranformasi Pendidikan"


Tarikh : 16 Mei 2018
Masa : 7.30am -1.00 pm
Tempat : Dewan SAMAWAT
Dirasmikan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)

PENDAHULUAN
Setiap tahun hari guru akan mengisi calendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu
dilaksanakan .agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting dimana untuk  menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru .komitmen dan kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak untuk menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecermelangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

RASIONAL
Rasional di sebalik anjuran hari guru ini ialah :
  • Menyemarakkan semangat guru –guru.
  • Merapatkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan warga sekolah .

MATLAMAT 
Matlamat hari guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik yang diberikan tugas-tugas  yang telah diamanahkan .perjuangan guru-guru perlu dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama , bangsa dan Negara Malaysia .

KUMPULAN SASARAN
  • Guru-guru
  • Kakitangan sekolah
  • Murid-murid
TEMA
  • Citra Warna
TENTATIF
Masa
perkara
7.30 pg
Ketibaan para guru / pentadbir dan staff
7.40 pg
Nyanyian lagu : asmaul husna
          Negaraku
                Negeri perak
7.50 pg
Kata kata aluan mc
Bacaan doa diketuai oleh muhd ikram b.abdul halim
8.00 pg
Ucapan wakil pelajar diketuai oleh muhd asraff bin alwei
8.05 pg -8.25 pg
Ucapan pengetua ustaz muhamaad bin Abdullah
Perutusan kpm
8.25 pg-8.35 pg
Montaj hari guru
8.35 pg-8.50 pg
Nyanyian lagu hari guru oleh semua guru samawat
8.50 pg – 9.00 pg
Semua murid tingkatan 5 memberikan bunga kepada guru –guru samawat
9.00 pg -9.20 pg
Tayangan video
9.20 pg – 9.50 pg
Outdoor games
-bola tampar(GL)
-bolajang jarring (GP)
9.50 pg -10.10 pg
Rehat
10.10 pg pg – 11.00 pg
Indoor games
-musang berjanggut
-timbang bola pingpong
-bawa bola pinpong ikat kaki sambil tutup mata bersama wakil pelajar
-teka teki barang dalam kotak
-mancing botol
-susu cawan
11.00 pg -11.20 pg
Persembahan
11.20 pg -11.40 pg
Penyampaian hadiah
11.40 pg-1.00 ptg
Jamuan/bersurai





Ucapan pengerusi majlis (Muhamad Nabil)

Bacaan perutusan oleh KPM oleh PK STAM (Us. Roslan)

Ucapan wakil murid (Muhamad Asyraf)


Pemberian bunga kepada setiap orang murid ting.5 kepada semua guru.






Majlis Perasmian oleh Tuan Pengetua (Us.Muhamad)


Aktiviti Indoor : Musang Berjanggut

Aktiviti Indoor : Mancing Botol

Aktiviti Indoor : Susu Cawan



Para guru SAMAWAT


Para murid tingkatan lima 2018



Penyampaian bunga oleh murid tingkatan lima kepada guru-guru

Aktiviti Indoor : Kerusi Berlagu



Persembahan murid (Mohd Fahmi Syarazi)

Para Guru dan Murid ting.5/2018



Aktiviti Outdoor : Bola Tampar guru lelaki



Aktiviti Outdoor : Bola Jaring (guru perempuan)

PENUTUP

Diharapkan program dan sambutan hari guru bagi tahun 2018 peringkat sekolah yang dilaksanakan mampu mencapai objektif dan matlamat yang diinginkan selaras dengan kehendak semua pihak .Melalui sambutan ini , semua pelajar dapat memupuk nilai kasih sayang antara guru –guru .

Isnin, 7 Mei 2018

KUNJUNG BANTU & PEMANTAUAN SPI, JPN KE SAMAWAT

Tarikh   :   7 Mei 2018 (Isnin)
Masa     :   10.00 Pagi

Fokus pemantauan :
1. Asrama Putera & Puteri
2. Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMA) dan Dewan Makan
3. Perkhidmatan Kawalan keselamatan (PKK)
4. Perkhidmatan kebersihan Bangunan & Kawasan (PKBK)