Selasa, 27 Februari 2018

GOTONG- ROYONG SAMAWAT (SARANA PIBG)

Tarikh : 24 februari 2018 (Sabtu)
Tempat :  SAMAWAT(Sekolah Baharu)
Masa : 8.00am - 10.00am
Sasaran : Semua guru, murid dan AJK PIBG

MUKADDIMAH
Hasil daripada Mesyuarat PIBG bil.3 /2018, program gotong royong SAMAWAT dijalankan dengan penanaman 40 pokok Kelapa Matak yang disumbangkan oleh oleh En. Tajuddian (AJK PIBG) dan En. Muslihan (Timb. YDP PIBG). Turut menyerikan gotong royong ini adalah AJK PIBG/Ibu Bapa sendiri bersama dengan guru-guru dan murid-murid sekolah.

Gotong royong ini melibatkan dua situasi iaitu penamanam pokok Kelapa Matak yang dijalankan oleh AJK Ibu Bapa, guru & pelajar lelaki. Mankala guru kelas bersama murid perempuan membersihkan kelas masing-masing serta landskap sekolah. Kerjasama yang baik telah menjadikan program ini mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan.

OBJEKTIF

  • Untuk menanam sikap yang saling membantu antara satu sama lain antara murid, guru dan komuniti setempat.
  • Memberi rasa sayang kepada menjaga kebersihan sekitar sekolah.
  • Memupuk rasa bertanggungjawab dalam menjaga harta sekolah seperti harta sendiri.
  • Meningkatkan rasa jati diri murid untuk lebih bekerjsama dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.




Murid diajar cara penanaman yang betul



Penglibatan Komuniti dalam gotong royong 


Penerangan sebelum gotong royong dijalankan




Murid perempuan membersihkan kelas masing-masing


Rabu, 14 Februari 2018

SUKANTARA SAMAWAT 2018

Tarikh : 7 dan 10  Februari 2018 (Isnin)
Masa : 3.30 petang dan 10.00 pagi
Tempat : Padang sekolah baru
Sasaran : Semua pelajar dan  rumah sukan

SUMUR Modul SAMAWAT (EMAS):Jati diri dan Penampilan diri.

SAMAWAT 14/2 : Pada 7 dan 10 Februari, pihak sekolah dibawah seliaan PK Kokurikulum dengan pelarasan oleh Rumah sukan Saidina Umar (Hijau) telah melaksanakan Sukantara SAMAWAT 2018. 

Sukantara ini telah melibatkan empat rumah sukan iaitu :

Rumah Sukan Saidina Umar
Rumah Sukan Saidina Ali
Rumah Sukan Saidina Uthman 
Rumah Sukan Saidina Abu Bakar


Antara acara yang dipertandingkan pada Sukantara kali ini ialah :
Acara Melontar peluru (L/P) B14 dan B18
Acara Melempar cakera (L/P) B14 dan B18
Acara Lompat Jauh (L/P) B14 dan B18

Pada kali ini, Rumah Sukan Saidina Umar telah ditugaskan sebagai penyelaras dan pengelola untuk memastikan Sukantara kali ini berjaya dengan lancarnya. Walaupun demikian terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat ikut serta sukantara kali ini kerana terlibat dengan pertandingan bola baling dan sepak takraw peringkat daerah Kerian.

Pencapaian Sukantara bagi setiap rumah sukan ;-

Rumah Sukan Saidina Umar : 44 Markah
Rumah Sukan Saidina Ali : 51 Markah
Rumah Sukan Saidina Uthman : 47 Markah
Rumah Sukan Saidina Abu Bakar : 57 Markah

Secara keseluruhannya, sukantara pada kali ini berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama penuh dari semua pihak. Diharapkan program ini akan memberikan inpak yang maksima kepada semua pihak yang terlibat.








disediakan oleh :
Ust Hatta b Rahim
Ketua Rumah Sukan Saidina Umar

PELANCARAN PROGRAM "JOM KE SEKOLAH" TAHUN 2018

Tarikh : 12 Februari 2018 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan Rasmi Sekolah Bharu
Dirasmikan oleh : Tuan Inspektor Moh. Aznal bin Alawi (Pegawai Penyiasat,Bahagian                                       Siasatan dan Penguatkuasaan TrafikIPD, Bagan Serai, Perak)Elemen 
Sasaran : Program ini disasarkan kepada semua murid khususnya, murid yang berulang alik datang ke sekolah pada setiap hari

SUMUR Modul SAMAWAT (EMAS):“BUDI BAHASA & PENAMPILAN DIRI”

MUKADDIMAH
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa.

Bagi menjadikan hasrat dan impian ini mencapai matlamat yang diinginkan, maka Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

MATLAMAT PROGRAM
Untuk membebaskan sekolah daripada masalah salahlaku ponteng dan menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah. Ini bertujuan bagi mengelakkan masalah sosial yang kerap berlaku dikalangan pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah kerana remaja mudah terdedah dengan gejala tidak sihat. Dengan kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak langsung meningkatkan akademik di sekolah kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh dianggap tidak tercicir pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah setiap hari oleh guru matapelajaran.

OBJEKTIF PROGRAM
Objektif Program Jom Ke Sekolah ialah:
  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibatdalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  • Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.
  • Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal prestasi kehadiran pelajar.
  • Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar, terutama sekali gejala suka ponteng.
  • Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
  • Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Ucapan perasmian oleh Insp.Moh Aznal bin Alawi

Gimik Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat sekolah tahun 2018

Barisan Pentadbir, Perasmi dan Guru-guru

Penyampaian Cenderahati kepada Tuan Perasmi

Gimik Perasmian Oleh Tuan Insp. Moh Aznal bin Alawi

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada murid berulang yanag hadir 100% bagi Januari 2018

Bacaan Ikrar Jom Ke Sekolah oleh wakil murid






TENTATIF PROGRAM

7.15 pagi         : Semua guru dan murid berkumpul di  dataran perhimpunan.
7.30 pagi         : Ketibaan  Perasmi
             : Nyanyian lagu Asma ul Husna, Negaraku dan Negeri Perak
                        : Bacaan Doa
                        : Laporan Guru Bertugas
                        : Ucapan aluan Tuan Pengetua (En. Muhamad bin Abdullah)
                        : Ucapan dan Perasmian oleh Tuan Inspektor Moh. Aznal bin Alawi                                            (Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan
                            Penguatkuasaan Trafik IPD Kerian
                        : Gimik Pelancaran
                        : Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi
                        : Bacaan Ikrar Murid
                        : Bacaan Ikrar Sekolah dan Lagu Perak Excellent
8.00 pagi         : Sesi bergambar / Bersurai


PENUTUP
                  Adalah diharapkan semoga program ini mendapat sepenuh kerjasama daripada semua pihak, sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang. Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab bagi kita semua untuk membantu pelajar kita hari ini ke arah insan yang lebih berilmu dan progresif. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini. Semoga segala perancangan yang diusahakan mendapat berkat daripada Ilahi. Insya-Allah.

Isnin, 5 Februari 2018

KEM KEPIMPINAN SAMAWAT 2018

Tarikh : 3 Januari 2018 (Sabtu)
Jam : 8.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Dewan Terbuka SAMAWAT

Sasaran : Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas seramai 48 orang


MUKADDIMAH

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
SAMAWAT. Program ini melibatkan 48 peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber, ketua dan penolong kelas. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada perserta sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :
  •  Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri dan kemahiran peserta.
  • Memupuk nilai - nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
  • Menyemai nilai sumur model SAMAWAT iaitu “EMAS” berteraskan elemen SUMUR iaitu Jati Diri.
  • Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para peserta dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.
  • Melalui aktiviti - aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para peserta apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .
TEMA

“ Jati Diri Penggerak Sahsiah Unggul “ 


Slot Pengurusan Kertas Kerja

Slot Pengucapan Awam (Majlis Rasmi)

Slot Taklimat dan Tugasan Pemimpin

Aktiviti Ubi Kentang

Slot Kapal Karam

Slot Akhir, Tunas Harapan


PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat berterusan kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin di sekolah. Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan peserta umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan murid SAMAWAT, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu mereka dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar