Isnin, 10 April 2017

“PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH, ALKOHOL, ROKOK, VAPE, INHALAN, KETUM, DAN HIV / AIDS PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017”

Tarikh : 10 April 2017 (Isnin)
Masa : 7.20 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Dirasmikan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)

Pendahuluan
Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis Negara khususnya. Mereka kini berdepan dengan ancaman gegala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian, kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.

Objektif
Objektif program ini adalah seperti berikut :
1.    Memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
2.    Mendidikan murid-murid tentang keburukan dadah, alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, Ketum dan HIV/AIDS seawal peringkat sekolah lagi.
3.    Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati.
4.    Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup lebih jelas, yakin dan sentiasa bersedia menghadapi ancaman najis dadah.

Tentatif Program
1.  Pelancaran Minggu Anti Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, Ketum dan  HIV/AIDS peringkat sekolah.
2. Ceramah Perdana dan pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan  Parit Buntar
3.  Pertandingan melukis poster / sajak Anti Dadah

Sekilas majlis pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah tahun 2017




Lakonan spontan daripada Skuad Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)



Gimik membakar replika rokok oleh Tuan Pengetua

Ceramah dan Pemeran oleh AADK cawangan Parit Buntar

Penutup
Diharapkan program dan aktiviti Minggu Anti Dadah Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, Ketum dan  HIV/AIDS peringkat sekolah yang dilaksanakan mampu mencapai objektif yang diinginkan selaras dengan kehendak semua pihak. Melalui program ini juga, semua pihak dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran semua warga sekolah terhadap masalah dadah.
Adalah diharapkan aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi keseluruhan untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat  sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.


Edited by : Skuad PPDa SAMAWAT 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan