Tarikh : 10 April 2017 (Isnin)
Masa : 7.20 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Dirasmikan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)
Pendahuluan
Sambutan Minggu Anti Dadah
diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti
Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting
memandangkan generasi pelapis Negara khususnya. Mereka kini berdepan dengan
ancaman gegala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian, kesedaran tentang
bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan
komuniti masyarakat.
Objektif
Objektif program ini adalah
seperti berikut :
1.
Memastikan
murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
2.
Mendidikan
murid-murid tentang keburukan dadah, alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, Ketum dan
HIV/AIDS seawal peringkat sekolah lagi.
3.
Membina
disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan
keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati.
4.
Memberi
latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan mereka
menghadapi cabaran hidup lebih jelas, yakin dan sentiasa bersedia menghadapi
ancaman najis dadah.
Tentatif Program
1. Pelancaran
Minggu Anti Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, Ketum dan HIV/AIDS peringkat sekolah.
2. Ceramah Perdana dan pameran oleh
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan
Parit Buntar
3. Pertandingan melukis poster / sajak Anti
Dadah
|
Sekilas majlis pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah tahun 2017 |
|
Lakonan spontan daripada Skuad Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) |
|
Gimik membakar replika rokok oleh Tuan Pengetua |
|
Ceramah dan Pemeran oleh AADK cawangan Parit Buntar |
Penutup
Diharapkan program dan
aktiviti Minggu Anti Dadah Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, Ketum dan HIV/AIDS peringkat sekolah yang dilaksanakan
mampu mencapai objektif yang diinginkan selaras dengan kehendak semua pihak.
Melalui program ini juga, semua pihak dapat meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran semua warga sekolah terhadap masalah dadah.
Adalah
diharapkan aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat
sambutan yang baik dari semua pihak demi keseluruhan untuk mencegah dan
menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat
sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.
Edited by : Skuad PPDa SAMAWAT 2017