Isnin, 19 September 2016

"Ahlan Wa Sahlan - A Warm Welcome"

SAMAWAT (19 SEPTEMBER)


Pada hari ini, warga sekolah SAMAWAT berbesar hati dengan kehadiran pengetua baru iaitu Ust Muhammad bin Abdullah (mantan PK1 Maahad Khair Lil Banat dari daerah LMS). Beliau menggantikan mantan Pengetua SAMAWAT iaitu Ust Nor Azam b Abdullah yang kini bertugas di SMKA Kerian.

Perhimpunan mingguan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan juruacara majlis, bacaan doa, nyanyian  Asmaul Husna,lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, dan Perak Excellent. Kemudian diikuti laporan oleh guru bertugas iaitu ust Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali, ucapan PK 1, Ust Azmi b Othman, dan Kalimah Zahabiah daripada yang berbahagia Pengetua SAMAWAT yang baru.

Di dalam ucapan beliau, Tuan Pengetua telah menyatakan hasrat beliau untuk terus memberikan tumpuan utama di dalam bidang Kurikulum terutamanya kepada kelas peperiksaan SPM, PT3 dan Thanawi. Tegasnya, semua SABK di Perak telah menunjukkan peningkatan dan signifikan, termasuk SAMAWAT berdasarkan kepada GPS sekolah tahun lepas dan dua tahun sebelumnya. Maka menjadi tanggungjawab semua warga sekolah, guru dan pelajar untuk memastikan SAMAWAT terus mencapai kejayaan yang membanggakan dalam peperiksaan SPM, PT3 dan Thanawi pada tahun ini. dan menterjemahkan slogan SAMAWAT , Rajin dan Sopan dalam kehidupan pelajar-pelajar sepanjang berada di SAMAWAT.


disedikan oleh
Ust Hatta b Rahim
Guru Bertugas Mingguan 
(19-23/9/2016)

Sabtu, 10 September 2016

CERAMAH MUDAH MENJAWAB SAINS DAN MATEMATIK OLEH DR. ABD. MALEK BIN SEMAN

Tarikh : 5 September 2016 (Isnin)
Masa : 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Dewan Tn. Guru. Haji Noh SAMAWAT

Pada hari kejadian, SAMAWAT didatangi oleh seorang tokoh yang dikenali ramai iaitu Dr. Abd . Malek bin Seman yang merupakan seorang bekas guru yang mengajar lebih 20 tahun dan pakar dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Apa yang unitnya, teknik yang disampaikan oleh beliau adalah bagaiman ingin belajar dengan mudah dan cepat mengingat.

Kehadiran beliau disambut oleh PK Kokurikulum iaitu Us. Abdul Malik bin Hashim menuju ke dewan dengan dihadiri seramai 102 orang pelajar aspuri dan aspura. Kehadiran beliau secara percuma ke sekolah bagi meiklankan perkhidmatan yang lain kepada pelajar SAMAWAT. Selama hampir 2 jam, majlis berjalan dengan lancar sehingga ke penghujung. Syabas diucapakan kepada Cikgu Faisal dan Us. Suhaimi bagi menjadikan majlis ini berjalan dengan baik.

Antara gambar-gambar semasa taklimat/program :







Semoga dengan taklimat dan perkongsian ilmu ni mampu membantu warga SAMAWAT untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan dalam akademik dan melonjakkan nama SAMAWAT diperongkat yang lebih tinggi. Kerjasama daripada semua pihak amat ditangih bagi menjayakan setiap program yang dijalankan.


Edited By : Bulat dan Leper

SUKAN TAHUNAN SAMAWAT 2016 (BALAPAN & PADANG)

Tarikh : 03 September 2016 (Sabtu)
Masa : 7.30 hingga 1.00 t/hari
Tempat : SMK Raja Lope Nur Rasyid
Sasaran : Semua peserta rumah Kuning, Merah, Biru dan Hijau

Tiga hari sebelum berjalannya sukan tahunan, terlebih dahulu sukan tara telah berjaya dilakukan melibatkan acara lari 100meter dan lontar peluru. Cuaca yang berada pada keadaan terbaik walaupun sedikit becak. Maka pada tanggal 3 September (Sabtu) sukan tahunan telah berjaya dijalankan dengan jayanya walaupun keadaan padang di SMK Raja Lope ditakungi air dan becak. Naman atas semangat sukan, program sukan tahunan ni diteruskan jua apabila menobatkan Pasukan Rumah Kuning sebagai juara keseluruhan bagi tahun 2016.

Namun sedikit loporan yang diterima melibatkan kecederaan kecil berlaku di padang apabila ada murid yang cedera akibat licin semasa acara pertandingan. Cuaca baik pada sebelah pagi apabila panas, namun sehari kejadian, hujan lebat telah turun membasahi Tanjung Piandang. Kerjasama daripada semua guru-guru dan pelajar, akhirnya sukan tahunan (padang dan balapan) bagi tahun 2016 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Sedikit sorotan gambar-gambar sepanjang hari kejadian berlaku :















Postmoterm yang telah dijalankan pada 5 September 2016 (Isnin) telah melihat beberapa kelemahan yang akan diperbaiki pada tahun hadapan. kerjasama semua guru-guru dan murid amat ditangih bagi menjayakan program besar ini mencapai matlamat yang diinginkan. Majulah sukan untuk warga SAMAWAT.


Edited By : Bulat vs Leper

Isnin, 5 September 2016

Program Bengkel Teknik Menjawab pendidikan Syariah Islamiah SPM tahun 2016

Hari: Ahad
Tarikh: 14 ogos 2016
Masa : 8.30pagi  -12.00 tengahari
Tempat: Kelas tingkatan 5

Penceramah jemputan: Ustaz Ahmad Zaki Bin Ilyas

Sasaran : Pelajar tingkatan 5

Objektif:
1) mendedahkan kandungan kertas 1 dan kertas 2
2) mendedahkan teknik menjawab kertas 2 dengan format yanag betul
3) mendedahkan bentuk soalan KBAT dan langkah menjawab solan KBAT>
4) Memotivasikan pelajar

Infak:
1) Memberi motivasi dalam meningkatkan semangat berusaha bersungguh - sungguh.
2) Murid dijelaskan teknik menjawab kertas 2 mengikut kata tugas dengan betul.
3) Murid dijelaskaan kandungan kertas 1 dan kertas 2
4) Murid diberi bimbingan cara menjawab soln KBAT.


Aktiviti bergambar


Mudah - mudahan program ini dapat membantu pelajar  meningkatkan prestasi pelajaran PSI dan seterusnya dapat merealisasikan  target sasaran  spm sekolah iaitu 2.9