Masa : 9.00-11.00 malam
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh SAMAWAT
Dengan kerjasama daripada semua pihak, Program Ceramah Kecemerlangan Akademik Murid SAMAWAT 2016 yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan secara khusus dalam meningkatkan semangat meningkatkan kecemerlangan dalam akademik kepada yang terlibat agar memperolehi ilmu dan pengalaman yang berguna untuk diaplikasikan dalam pelajaran dan pembelajaran seharian di kelas. Sebagai seorang murid yang mempunyai semangat bitara, komitmen, bercita-cita tinggi, diharap mereka mampu untuk bersaing dengan cabaran-cabaran yang mendatang mengenai setiap persoalan yang diberikan kepada mereka. Antara objektif program adalah :
- Menjadikan murid berupaya menghadapi cabaran dan halangan dengan baik sehingga mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
- Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah, masyarakat, bangsa, agama dan Negara.
- Memastikan matlamat yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memberi kesan yang positif kepada pembangunan Jasmani, Emosi, Rohaniah dan Intelektual (JERI) semua murid sekolah.
- Untuk memasikan pemikiran dan tindakan murid bersesuaian dengan matlamat yang telah dirancang untuk jangka masa panjang.
Ceramah daripada En. Fauzie |
Penyampaian cenderahati kepada En. Fauzie (Penceramah) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan