Khamis, 21 Januari 2021

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2021

Calon SPM dan STAM kohot 2020

Tarikh : 19 Januari 2020 (Selasa)

#Lapor diri ke asrama sekolah / Jumlah calon (SPM 11 orang/Calon STAM 2 orang)

Tarikh : 20 Januari 2020 (Rabu)

#Kehadiran murid ke sekolah (SPM 17 orang / Calon STAM 7 orang)


Mukaddimah

Alhamdulillah, sesi persekolahan sesi 2021 bermula secara rasminya pada 20 Januari (Rabu) dengan kehadiran calon SPM dan STAM kohot 2020 sahaja. Situasi ini kerana sesi persekolahan bagi sesi 2021 ditangguhkan kerana risiko Covid 19 yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda reda. Namun, calon SPM dan STAM kohot 2020 dibenarkan hadir bagi menghabiskan sesi persekolahan  sehingga peperiksaan sebenar dijalankan (SPM 22 Febaruari / STAM 28 Mac). Di doakan semoga urusan perjalanan calon-calon SPM dan STAM dipermudahkan oleh Allah dan memberikan mereka kejayaan yang cemerlang didunia dan di akhirat.

Pihak sekolah dengan kerjasama PPD dan PPS akan sentiasa memastikan SOP dalam kalangan calon SPM dan STAM seramai 24 orang dijaga sebaik mungkin agar risiko covid 19 dapat dihindari.
#kita jaga kita

#stay at home

Perjalanan Tentatif :

6.40 pagi   : Menyambut kehadiran murid 

7.30 pagi   : Motivasi / Muhasabah Diri calon SPM/STAM kohot 2020

8.00 pagi   : Pendaftaran Murid Tingkatan Satu 2021

8.00 pagi   : Lawatan oleh Pegawai PPD (SOP)

11.00 pagi : Lawatan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

2.00 petang : Murid Balik ke asrama / Rumah



Ketibaan calon SPM dan STAM seramai 24 orang


Sesi Motivasi dan Muhasabah Diri


Lawatan oleh Pegawai PPD



Kunjungan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)






Murid balik ke asrama /rumah


Jumaat, 23 Oktober 2020

DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SIRI 1/2020

 Program Lonjakan Prestasi Mata Pelajaran

Tarikh : 22 November 2020 (Khamis)

Masa : 1.00 petang hingga 2.30 petang

MP : Matematik, Sejarah, Adab, Manahij, Bahasa Melayu dan LAM

Alhamdulillah, dialog prestasi bagi 6 mata pelajaran berjalan dengan lancar dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh KKM. Usaha program ini bagi melihat TOV perbandingan dengan PPT dan PP bagi tahun 2020. Dalam masa sama juga, murid yang meningkat gred purata bagi setiap mata pelajaran diberikan sedikit ganjaran (alat tulis) bagi memberi motivasi kepada mereka untuk terus fokus kepada SPM yang sebenar.

Terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-guru dalam memastikan usaha yang dicurahkan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.









Isnin, 19 Oktober 2020

PROGRAM 3K (Keselamatan, Keceriaan, Kesihatan) SAMAWAT TAHUN 2020

Tarikh : 17 Oktober 2020 (Sabtu)

Masa : 8.00pagi hingga 1.00 petang

Tema : Taman Landskap, Taman Herba dan Kolam Ikan.

Anjuran : PIBG, LPS, Sekolah, Komuniti serta kerjasama daripada Pejabat Pertanian Tanjung Piandang, Perak.

Alhamdulillah, Program ini berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan. Kerjasama oleh semua pihak, guru-guru, Ibu Bapa, Murid serta komuniti dalam menjayakan program  ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Tentatif :

8.00 pagi      : Alu -aluan oleh Pengarah Program (Ustaz Kamal)

8.05 pagi     : Ucapan oleh Tuan Pengetua 

8.15 pagi     : Taklimat Khas oleh Pegawai Pejabat Pertanian T. Piandang.

8.30 pagi     : Majlis Melawat lokasi (Majlis Perasmian oleh Pegawai Pertanian)

9.00 pagi     : Program 3K bermula

12.00 t.h      : Jamuan Makan

1.00 petang : Bersurai










Khamis, 15 Oktober 2020

ZIARAH CAKNA BIL. 3 TAHUN 2020

 Tarikh : 15 November 2020 (Khamis)

Jam : 10.00 pagi

Tempat : Sungai Labu Bawah Tanjung Piandang, Perak

Murid yang dilawati : Muhammad Firdaus bin Mohd Nazrib (Tingkatan 2 Darimi), Kg. Sungai Labu Bawah, Tanjung Piandang, Perak.

Fokus : Ponteng

Guru yang terlibat : Kaunselor dan Guru Kelas

Impak :

Alhamdulillah, melalui ziarah ini serta perbincangan bersama ibunya, murid tersebut telah mula hadir ke sekolah dan bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan membanggakan ibunya. Semoga usaha ini berkekalan dan memberi contoh yang terbaik kepada rakan-rakan yang lain.