Isnin, 23 September 2019

LADAP : CERAMAH ANCAMAN BAHAYA DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2019

Tarikh : 21 September 2019 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 t/hari
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Penceramah : Prof Madya Dr. Azemi bin Sha'ari (Pengerusi Team AWAS Kerian, (AADK)

Sasaran : Pengetua, Penolong Kanan, Guru, AKP & AJK PIBG

Mukadimmah
Alhamdulillah, Ladap yang dirancang ini berjaya dilaksana dengan jayanya apabila semua guru, AKP serta wakil PIBG yang hadir bagi memeriahkan lagi ceramah ini. Semoga program ini akan membantu guru dan semua yang terlibat menjadi agen penyampai kepada pihak berkuasa (AADK & PDRM) dalam membantu ke arah membasmi dadah ke peringkat akar umbi khususnya di kerian, Perak. 


Laporan perjalanan LADAP
Slot 1 : Pendedahan Tentang AADK/ Team AWAS oleh En. Basri
Slot 2 : Peranan ADDK/ fungsi/sukarelawan oleh En. Nizam (Lat)
Slot 3 : CERAMAH oleh Prof Madya Dr. Azemi bin Sha'ari (Pengerusi Team AWAS Kerian)
Slot 4 : Tayangan Video
Slot 5 : Ujian pemahaman untuk semua yang terlibat
Slot Akhir : Penyampaian Cenderahari dan Jamuan

Slot awal oleh En. Basri

Ceramah oleh Prof. Madya Dr. Azmie bin Sha'ari








Jumaat, 20 September 2019

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN KE-62 PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Tarikh : 20 September 2019 (Jumaat)
Masa : 8.40 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Penyelaras Program : En. Johari bin Ishak & Cik Noraida binti Abd Karim
Disempurnakan : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua SAMAWAT)

Mukaddimah
Alhamdulillah, Majlis Penutup bulan kemerdekaan kali ke-62 peringkat sekolah bagi sesi 2019 berjalan dengan lancar walapun dalam keadaan cuaca yang sedikit hujan dan basah. Namun atas semangat cintakan negara, majlis penutupan ini berjalan dengan penuh bermaruah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini semoga semangat kemerdekaan dapat dijelmakan oleh semua warga SAMAWAT. Sekian, terima kasih.

Tentatif Perjalanan Majlis

  • Majlis Bacaan Yassin
  • Ucapan Pengerusi majlis
  • Perarakan Kemerdekaan (Barisan Pentadbir, Guru, dan pelajar)
  • Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, Lagu Malaysia Sejahtera, Jalur Gemilang
  • Ucapan Penyelaras Program 
  • Ucapan dan Gimik Pelancaran oleh Tuan Pengetua dirirngi oleh Barisan Pentadbir
  • Penyampaian Hadiah Kejohanan Karnival Sukan Merdeka peringkat sekolah
  • Tayangan Bendera Malaysia Gergasi SAMAWAT
  • Bersurai

















Rabu, 18 September 2019

PROGRAM MOTIVASI PT3 BERSAMA USTAZ DON DANIYAL

Tarikh : 18 September 2019 (Rabu)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Sasaran : 8 orang pelajar lelaki tingkatan 3 (asrama)
Guru Pengiring : En. Muhd Faisal Hassan & En. Muhammad Muhaimin Mustapai
Penceramah : Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid

Mukaddimah
Alhamdulillah, program motivasi tersebut dianjurkan oleh Co-opbank pertama Cawangan Nibong Tebal dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kerian berjalan dengan lancar melibatkan PPD di daerah Seberang Perai Selatan dan lain-lain PPD melibatkan calon SPM dan juga PT3 bagi sesi 2019. Semoga 8 orang anak-anak SAMAWAT yang menghadiri program tersebut memperolehi ilmu yang berguna untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang lain di sekolah.





PERTANDINGAN SUKAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SAMAWAT TAHUN 2019

Tarikh : 11 September 2019 (Rabu)
Masa : 3.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Padang Sekolah SAMAWAT
Penyelaras : En. Johari bin Ishak (S/U Sukan)
Disempurnakan oleh : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua)

Permainan yang dipertandingkan :
  • Lelaki : Futsal Kain Pelikat & Sepak Tradisional
  • Perempuan : Congkok & Batu Seremban
Mukaddimah
Alhamdulillah, sukan kemerdekaan yang telah dirancang bagi bulan kemerdekaan kali yang ke-62 bagi tahun 2019 berjalan dengan lancar. Kerjasama daripada semua guru dan pelajar menjadikan program ini mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan. Dirasmikan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali) dengan gimik menendang bola ke dalam gol disempurakan dengan baik.

Diharapkan semoga dengan program seperti ini akan menjadikan SAMAWAT hebat dalam semua bidang termasuk kokurikulum

# MAJULAH SUKAN UNTUK SAMAWAT

Antara keputusan pertandingan:
  • Futsal : 
Tempat Pertama - Rumah Merah
Tempat Kedua - Rumah Biru
Tempat Ketiga - Rumah Hijau
Tempat Keempat - Rumah Kuning




Perasmian oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi)



Pertandingan Futsal Kain Pelikat



Sepak Tradisional Bulu Ayam
Pertandingan Batu Seremban oleh Pelajar Perempuan