Selasa, 21 Jun 2016

MULHAQ 2016


Program Mulakan Harimu Dengan Al Quran - MULHAQ dicetuskan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Nor Azam bin Abdullah pada awal 2016. Program 10 minit setiap pagi sebelum PdP bermula dengan membaca Al Quran dapat membantu mendekatkan pelajar dengan Al Quran dan memahami kandungan Al Quran dengan membaca tafsiran.
Matlamat pelajar akan dapat khatam Al Quran dalam masa 3 tahun.
Semoga rancangan murni ini dapat memberikan impak kepada kecemerlangan pelajar.

Disediakan :
GURU KELAS TINGKATAN 3 : SITI KHATIJAH BT NARAMAN

Isnin, 20 Jun 2016

Program Ihya' Ramadhan (Tadarus Al-Quran)



Aktiviti  Tadarus  murid-murid SAMAWAT sempena Program Ihya'Ramadhan tahun ini telah dijalankan  bermula pada 15 Jun 2016 sehingga 30 Jun 2016.

Seramai 140 orang murid terlibat dalam aktiviti ini yang diselia dan dibimbing oleh semua guru SAMAWAT. Murid-murid telah dibahagikan kepada 20 kumpulan, 15 kumpulan terdiri daripada murid-murid yang tinggal di asrama dan 5 kumpulan lagi adalah murid-murid tempatan.

Masa yang diperuntukan untuk murid-murid bertadarus ialah pada
waktu rehat dan setelah menunaikan solat fardhu Asar .

Sebahagian kumpulan murid lelaki  yang sedang bertadarus

Dimuat naik oleh:
ROHIZAH BT BAWI



KELAS PREPARATION (PREP) ASRAMA SAMAWAT













Pada hari Selasa 20 Jun 2016, bersamaan 15 Ramadhan, Jam 10.00 malam pelajar-pelajar asrama putera dan puteri  SAMAWAT tetap tekun menjalankan kelas "prep" ( persediaan ) bagi menyiapkan kerja rumah (homework), menghafaz, mengulang kaji pelajaran dan bermuzakarah.

Alhamdulillah, Selepas solat sunat terawih, Guru Disiplin sempat memantau perjalanan kelas tersebut. Didapati kelas berjalan baik dan lancar seperti biasa walaupun di bulan Ramadhan.

Ini  lah harapan guru ingin melihat pelajar-pelajar SAMAWAT terus istiqamah belajar bersungguh-sunguh dengan tidak membuang masa membuat kerja yang tidak berfaedah.

Diharap semua para pelajar dapat mencapai " Fauqa Sabiin " ( atas 70% ) setiap mata pelajaran dan mencapai target yang ditentukan oleh pihak sekolah..


Daripada: Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali

CPD SSDMV2, SYNC, BLOG

contoh


Pada hari isnin 20 Jun 2016, SAMAWAT telah menjalankan CPD berkaitan SSDMv2, SYNC dan Blog.

SYNC dan SSDM dibentangkan oleh PKHEM manakala blog oleh Pengetua.

Semua guru hadir kecuali us Azmi (bercuti), Us Hatta (mesyuarat).



dimuat naik oleh:
Nor Azam